Page 253 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 253

dokumentari tayangan filem, televisyen atau acara radio yang memaparkan maklumat atau fakta tentang sesuatu
                        perkara, peristiwa dan sebagainya




                   eksploitasi perbuatan  mengerjakan, memajukan dan sebagainya sumber-sumber alam dan sebagainya dengan
                        sebaik-baiknya untuk  mendatangkan keuntungan, faedah  dan sebagainya
                   era sesuatu jangka waktu yang bermula dari peristiwa atau dari waktu tertentu
                   estet ladang atau kebun yang luasnya lebih daripada seratus ekar
                   etnik bangsa manusia




                   fabrik kain yang diperbuat daripada benang dengan cara menenun dan sebagainya
                   fauna keseluruhan binatang yang terdapat di sesuatu kawasan
                   filem adiwira filem yang menceritakan tentang pendekar yang berkeupayaan luar biasa
                   filem futuristik filem yang mengarah (menuju) ke masa depan
                   floorball sejenis sukan yang mirip sukan hoki ais tetapi dimainkan di dalam dewan dan berbeza dari segi
                        bilangan anggota pasukan, peralatan sukan dan cara bermain
                   flora keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan
                   fosil tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman geologi yang terdapat di dalam kerak bumi
                   fotokopi salinan dokumen yang dibuat secara gambar foto dengan menggunakan sejenis mesin
                   futuristik berkenaan idea yang mengarah (menuju) ke masa depan




                   garam jilatan garam untuk diberikan kepada haiwan ternakan untuk membekalkan mineral tambahan
                   gerabak  kereta beroda tidak berenjin untuk penumpang atau barang-barang yang ditarik oleh kereta api
                   getah lateks cecair atau susu getah yang keluar daripada pokok getah
                   gizi zat makanan
                   godam menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain, terutamanya untuk mencuri, memusnahkan
                        atau merosakkan data dan maklumat sulit yang tersimpan di dalam sistem komputer itu
                   graviti daya tarikan yang menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat suatu cakerawala seperti bulan dan matahari




                   habitat tempat haiwan atau tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi
                   hibrid sifat sesuatu sistem yang terbentuk daripada gabungan beberapa teknologi yang berlainan










                                                                                                     241
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258