Page 142 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 142

6.2  Persamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah

                     Apakah persamaan linear dalam dua pemboleh ubah?


               Perhatikan persamaan linear berikut yang diperoleh daripada
               hasil Aktiviti Penerokaan 1.                                           PEMBELAJARAN
                                                                               Mengenal pasti
                                           2y                                  persamaan linear dalam
                    6p + 4q = 9        x –     = 7        3h – 1 = 5k          dua pemboleh ubah dan
                                            3                                  menghuraikan ciri-ciri
               Persamaan linear ini mempunyai dua pemboleh ubah dengan         persamaan tersebut.
               kuasa setiap pemboleh ubah ialah 1.
               Persamaan ini dikenali sebagai persamaan linear dalam dua pemboleh ubah.

                    Persamaan linear dalam dua pemboleh ubah ialah  persamaan  linear  yang
               mempunyai dua pemboleh ubah dan kuasa setiap pemboleh ubah ialah satu.
                    Persamaan linear dalam dua pemboleh ubah boleh ditulis dalam bentuk umum
                                   ax + by = c dengan keadaan a dan b bukan sifar.
       BAB
       6
                    Antara persamaan linear dalam dua pemboleh ubah berikut, yang manakah ditulis
                   dalam bentuk am?

                                                         2y
                                  6p + 4q = 9        x –     = 7        3h – 1 = 5k
                                                          3


                Contoh      6
                                                                               Bincangkan mengapa
               Terangkan sama ada persamaan yang berikut ialah persamaan                    1   1
                                                                                            x
                                                                                                y
               linear dalam dua pemboleh ubah atau bukan.                      xy + 2y = 3 dan   +   = 5
                                                   2
               (a)  3p – q = 6              (b)  7x  + 5y = 9                  bukan persamaan
                                                 y                             linear dalam dua
               (c)  2(k + 8) = 5k           (d)    + 4 = –2x                   pemboleh ubah.
                                                 6

               (a)  Ya, kerana persamaan ini mempunyai dua pemboleh ubah, p dan q, dengan kuasa
                   pemboleh ubah itu ialah 1.
               (b)  Bukan, kerana kuasa pemboleh ubah x ialah 2.
               (c)  Bukan, kerana persamaan ini mempunyai satu pemboleh ubah sahaja.
               (d)  Ya,  kerana  persamaan  ini  mempunyai  dua  pemboleh  ubah,  x  dan  y,  dengan  kuasa
                   pemboleh ubah itu ialah 1.

                             6.2a

               1.  Terangkan  sama  ada  persamaan  yang berikut  ialah  persamaan  linear  dalam  dua
                   pemboleh ubah atau bukan.
                                                                 2x
                   (a)  h – 7k = 6     (b) 3m + 5 = 9m – 1  (c)      – 8 = 4y    (d)  p(p + 3) = 2q
                                                                  3

             132
             BAB 6



       06 Text book Mate Tg1.indd   132                                                               10/18/16   3:21 PM
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147