Page 160 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 160

7.1  Ketaksamaan
                                                                                      PEMBELAJARAN
                     Apakah ketaksamaan?                                       Membanding nilai

                                                                               nombor, memerihal
               Dalam kehidupan harian, kita sering membuat perbandingan        ketaksamaan dan
               antara dua kuantiti yang tidak sama nilai. Kita membandingkan   seterusnya menerbitkan
               kuantiti itu dari segi bilangan, harga, suhu, saiz, tinggi, jisim   ketaksamaan algebra.
               dan sebagainya.

                      RM1400         RM1600
                                                                      x g                 80 g
                                                                     50 g




                         A              B

               Telefon pintar jenama manakah mempunyai                Jisim manakah lebih besar?
               harga yang lebih rendah?

               Secara perbandingan, kita mendapati bahawa
               •  harga telefon pintar jenama A adalah kurang daripada
       BAB
       7                                                                     Bincangkan hubungan
                  jenama B.                                                  antara dua kuantiti
               •  jisim (x + 50) g adalah lebih besar daripada 80 g.         dalam situasi kehidupan
                                                                             harian yang melibatkan
                    Hubungan antara dua kuantiti yang tidak sama nilai       penggunaan ‘lebih daripada’
               seperti ini dikenali sebagai ketaksamaan.                     atau ‘kurang daripada’.


               Membanding nilai nombor
               Dalam  bab 1, kita  telah  mempelajari  bagaimana  membandingkan  nilai  suatu integer
               dengan integer lain berdasarkan kedudukan integer pada garis nombor. Dalam bab ini,
               kita akan menulis perbandingan ini dengan menggunakan simbol matematik.
               Misalnya:


                     –3 –2 –1    0   1   2  3   4                  –8 –7 –6 –5 –4 –3 –2 –1
               Perhatikan kedudukan pasangan nombor          Perhatikan kedudukan pasangan nombor
               –2 dan 3 pada garis nombor.                   –7 dan –2 pada garis nombor.
               –2 terletak di sebelah kiri 3,                –2 terletak di sebelah kanan –7,
               maka –2 kurang daripada 3.                    maka –2 lebih besar daripada –7.
               Simbol ‘,’ digunakan untuk mewakili           Simbol ‘.’ digunakan untuk mewakili
               ‘kurang daripada’.                            ‘lebih besar daripada’.
               Jadi, ‘–2 kurang daripada  3’ ditulis         Jadi, ‘–2 lebih besar daripada –7’ ditulis
               sebagai ‘–2 , 3’.                             sebagai ‘–2 . –7’.

                                   –2 , 3 dan –2 . –7 dinamakan ketaksamaan.


             150
             BAB 7



       07 Text book Mate Tg1.indd   150                                                               10/17/16   5:27 PM
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165