Page 292 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 292

Apakah kepentingan mewakilkan data secara beretika?


               Perwakilan data membantu kita menganalisis dan mentafsir
               data  dengan mudah. Kita perlu mewakilkan  data  secara                PEMBELAJARAN
               beretika untuk mengelakkan kekeliruan.                          Membincangkan
                                                                               kepentingan mewakilkan
               Untuk mewakilkan data secara beretika,                          data secara beretika bagi
               •  skala  yang  digunakan  dalam  perwakilan  mesti  seragam    mengelakkan kekeliruan.
                  dan bermula daripada 0.
               •  data yang dipaparkan mesti tepat.


                Contoh     15                                                    Jaringan Gol Bola Sepak

               Carta  palang  di sebelah  menunjukkan  bilangan  gol yang     14
               dijaringkan  oleh  empat  orang pemain  bola  sepak dalam
               Liga Bola Sepak Daerah Permai.                                 12
               (a)  Adakah bilangan  jaringan  gol  Adam ialah  dua kali     Bilangan gol  10
                   bilangan jaringan gol Ravi? Terangkan.
                                                                               8
               (b)  Pada  pendapat  anda,  adakah  carta  palang  ini  dapat
                   mewakili bilangan gol pemain dengan jelas?                  6
                                                                                    Adam  Daud  Ravi  Zain

               (a)  Bilangan jaringan gol Adam = 14                                     Pemain
                   Bilangan jaringan gol Ravi = 10
                   Maka, bilangan jaringan gol Adam bukan dua kali bilangan jaringan gol Ravi.
               (b)  Tidak, kerana maklumat yang dipaparkan mengelirukan. Skala pada paksi mencancang
                   harus bermula daripada sifar.


                Contoh     16

               Carta  pai  di  sebelah  menunjukkan  gred  yang  diperoleh      Gred Murid dalam
               sekumpulan murid dalam  suatu ujian Matematik. Adakah             Ujian Matematik
               carta pai ini memaparkan data dengan tepat? Terangkan.                D
                                                                                    10%    A
                                                                                          22%
       BAB
      12       Jumlah peratusan = 22 + 36 + 28 + 10                              C
                                 = 96                                           28%
                                                                                         B
               Tidak, kerana jumlah peratusan pada carta pai tidak sama                 36%
               dengan 100.








             282
            BAB 12



       12 Text book Mate Tg1.indd   282                                                               10/17/16   5:38 PM
   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297