Page 7 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 7

PENDAHULUAN



                 Buku  Teks Matematik  Tingkatan 1 ini disediakan berdasarkan Dokumen Standard
                 Kurikulum Pentaksiran (DSKP) iaitu menyepadukan enam tunjang kerangka KSSM,
                 mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta menerapkan Kemahiran
                 Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir  Aras  Tinggi (KBAT) secara eksplisit supaya
                 dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis sebagaimana tuntutan Falsafah
                 Pendidikan Kebangsaan.
                      Buku ini mengandungi 13 bab yang disusun secara sistematik dan menarik agar
                 dapat memupuk minat murid dalam matematik. Setiap bab dimulakan dengan halaman
                 rangsangan melalui foto yang menarik disertai soalan yang merangsang perbincangan dan
                 pemahaman dalam kalangan murid sesuai dengan konteks situasi harian.

                 Ciri-ciri istimewa buku teks ini ialah:

                   Kenapa Belajar Bab Ini?       Memberi soalan terbuka untuk interaksi guru dan murid.
                                                 Menerangkan sejarah perkembangan matematik serta
                                                 sumbangan tokoh matematik.

                     Aktiviti Penerokaan         Pelbagai jenis aktiviti disediakan untuk melibatkan
                                                 murid secara individu, berpasangan atau berkumpulan
                          Berpasangan  Berkumpulan
                  Kendiri
                                                 yang boleh dilaksanakan di dalam atau di luar
                   Belajar  di Luar  Bilik  Darjah  bilik darjah.

                                       Kelas     Menggalakkan murid menerokai sendiri isi kandungan
                   Aktiviti Penerokaan           sebelum pembelajaran bermula serta melibatkan diri
                                      Berbalik
                                                 secara aktif dalam perbincangan semasa pembelajaran.
                                                 Menguji pemahaman murid terhadap konsep yang
                        Latih Diri 1.1a
                                                 telah dipelajari.
                                                 Merangkumi soalan yang menguji pelbagai
                         Mahir Diri  1.1
                                                 kemahiran murid.
                                                 Memberi kepelbagaian soalan latihan yang terdiri
                                                 daripada Uji Diri Anda, Masteri Kendiri dan Cabar
                                                 Diri Anda yang berunsurkan KBAR dan KBAT serta
                                                 berunsurkan pentaksiran TIMSS dan PISA.
                                                 Merupakan soalan KBAT untuk membantu
                                                 perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi.

                                                 Memberikan pengetahuan am dan aplikasi matematik
                                                 yang menarik.



                                                                                                        v





       0d Pendahuluan BT Math Tg1.indd   5                                                            10/17/16   5:05 PM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12