Page 19 - Buletin IKMB
P. 19
Sudut Teknologi—Cloud Computing
Cloud Computing atau pengkomputeran awan dalam ertikata yang mudah adalah untuk menyim-
pan dan mencapai data dan aplikasi dengan menggunakan Internet selain daripada komputer anda.
Contoh data-data yang disimpan seperti dokumen,gambar , audio atau video . Pengguna boleh men-
capai data-data tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain
dengan menggunakan capaian Internet.
The average salary of
Jenis-jenis pengkomputeran awan AWS-certified IT
professionals is 30%
1. Awan Persendirian ( Private Cloud ) higher than the
average certified pro.
Awan Persendirian ini hanya ditujukan kepada pengguna atau
organisasi yang tertentu sahaja. Pengguna luar tidak dapat AWS-certified IT
mencapai data di dalam awan persendirian ini. decision-makers and
2. Awan Awam (Public Cloud ) professionals make
an average of
Awan Awam ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja . Di antara $113,261.
contoh awan awam ini adalah seperti Amazon Elastic Computer
Cloud (EC2), IBM’s Blue Cloud, Sun Cloud, Google AppEngine AWS-Certified Solutions
dan Windows Azure Services Platform. Architect (Associate) is
the highest-paying
3. Awan Hibrid (Hybrid Cloud ) certification in the U.S.
and Canada.
Awan Hibrid ini adalah kombinasi di antara awan persendirian
dan awan awam dimana sesebuah organisasi menyimpan
data yang penting di dalam storan awan persendirian dan selainnya dikekalkan di dalam storan awan
awam.
4. Awan Komuniti ( Community Cloud )
Awan Komuniti merupakan kombinasi di antara awan awam , persendirian dan hibrid. Ianya dikongsi
oleh pelbagai organisasi diikuti dengan ketetapan seperti keselamatan,pematuhan dasar dan bidang
kuasa. Awan Komuniti boleh diuruskan secara luaran, pihak ketiga atau in-house environment .
Jenis-jenis perkhidmatan awan
1. Perisian Sebagai Perkhidmatan ( Software-As-A-Service (SaaS))
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menggunakan perisian tersebut tanpa perlu memasangnya
pada komputer atau peranti mudah alih yang lain. Contoh perkhidmatan ini adalah seperti Gmail ,
YahooMail, Hotmail, Facebook, Twitter,Microsoft 365, Google Apps,You Tube dan lain-lain lagi.
2. Platform sebagai Perkhidmatan ( Platform-As-A-Service ( PaaS ))
Perkhidmatan ini menawarkan platform yang membenarkan pengguna membangunkan dan
menguruskan aplikasi tanpa perlu membeli perkakasan dan perisian untuk pembangunan aplikasi
tersebut.Contohnya seperti Window Azure, Google App Engine, force.com dan sebagainya.
3. Infrastruktur sebagai Perkhidmatan ( Infrastructure-As-A-Service (IaaS))
Perkhidmatan ini menawarkan sumber perkakasan seperti rangkaian, storan dan computer
resources secara maya ( virtual ) melalui Internet . Di antara contoh perkhidmatan ini adalah Amazon
Web Services (AWS), Windows Azure, Google Computer Engine, Rackspace Open Cloud, dan IBM
SmartCloud Enterprise.
19

