Page 21 - Buletin IKM Besut
P. 21
Teknousahawan
eknousahawan IKM Besut, Mohamad Hafezal Bin
Mat Nawi (30 tahun) adalah merupakan bekas
T pelajar Sijil Teknologi Penyamanan Udara &
Penyejukkan sesi Julai—Disember 2008. Setelah
menamatkan pelajaran di IKM Besut, beliau telah
mendapat tawaran untuk menjalani latihan industri di
Syarikat SEIMEI ENGINEERING CO. LTD di Jepun dalam
bidang Penyamanan Udara & Penyejukkan selama 3
tahun.
Berkat usaha, komitmen dan dedikasi, beliau
telah diberi kepercayaan penuh untuk menerajui
anak syarikat SEIMEI ENGINEERING (M) Sdn Bhd
yang ditubuhkan di Malaysia. Kini, beliau merupa-
kan pengurus besar syarikat SEIMEI ENGINEERING
(M) SDN BHD dan mempunyai 17 orang kakitangan
selain memegang 70% saham syarikat tersebut.
Seiring perkembangan semasa, syarikat SEIMEI ENGI-
NEERING (M) SDN BHD yang telah beroperasi cemerlang
lebih daripada 6 tahun mengorak langkah lebih ke hada-
pan dengan menyertai kolaborasi antara MARA-OISCA ber-
sama syarikat SEIMEI ENGINEERING CO. LTD di Jepun
yang bakal dijalankan dalam masa yang terdekat.
| |
| |
| |
2009 | 2011 | 2019
| 2010 | 2015 |
| | |
| | |
| | |
5 21

