Page 19 - Buletin Lan
P. 19

Sudut Teknologi—Cloud Computing



          Cloud Computing atau pengkomputeran awan dalam ertikata yang mudah adalah untuk menyim-
          pan  dan mencapai data dan aplikasi  dengan menggunakan Internet selain daripada komputer anda.
          Contoh data-data yang disimpan seperti dokumen,gambar , audio atau video . Pengguna boleh men-
          capai data-data tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain
          dengan menggunakan capaian Internet.

          Jenis-jenis pengkomputeran awan

          1.  Awan Persendirian ( Private Cloud )
           Awan Persendirian ini hanya ditujukan kepada pengguna atau organisasi yang tertentu sahaja.
          Pengguna luar tidak dapat mencapai data di dalam awan persendirian ini.

          2.  Awan Awam (Public Cloud )
          Awan Awam ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja . Di antara contoh awan awam ini adalah seperti
          Amazon Elastic Compute Cloud (EC2), IBM’s Blue Cloud, Sun Cloud, Google AppEngine dan Windows
          Azure Services Platform.

          3.  Awan Hibrid (Hybrid Cloud )
          Awan Hibrid ini adalah kombinasi di antara awan persendirian dan awan awam  dimana sesebuah
          organisasi menyimpan data yang penting di dalam storan awan persendirian dan selainnya dikekalkan
          di dalam storan awan awam.

          4. Awan Komuniti ( Community Cloud )
           Awan Komuniti merupakan kombinasi di antara awan awam , persendirian dan hibrid. Ianya dikongsi
          oleh pelbagai organisasi diikuti dengan ketetapan seperti keselamatan,pematuhan dasar dan bidang
          kuasa. Awan Komuniti boleh diuruskan secara luaran, pihak ketiga atau in-house environment .

          Jenis-jenis perkhidmatan awan

          1. Perisian Sebagai Perkhidmatan ( Software-As-A-Service (SaaS))
          Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menggunakan perisian  tersebut tanpa perlu memasangnya
          pada komputer atau peranti mudah alih yang lain. Contoh perkhidmatan ini adalah seperti Gmail ,
          YahooMail, Hotmail, Facebook, Twitter,Microsoft 365, Google Apps,You Tube dan lain-lain lagi.

          2. Platform sebagai Perkhidmatan ( Platform-As-A-Service ( PaaS ))
          Perkhidmatan ini menawarkan platform yang membenarkan pengguna membangunkan dan
          menguruskan aplikasi tanpa perlu membeli perkakasan dan perisian untuk  pembangunan aplikasi
          tersebut.Contohnya seperti Window Azure, Google App Engine, force.com dan sebagainya.

          3. Infrastruktur sebagai Perkhidmatan ( Infrastructure-As-A-Service (IaaS))
          Perkhidmatan ini menawarkan sumber perkakasan seperti rangkaian, storan dan computer
          resources secara maya ( virtual ) melalui Internet . Di antara contoh perkhidmatan ini adalah Amazon
          Web Services (AWS), Windows Azure, Google Compute Engine, Rackspace Open Cloud, dan IBM
          SmartCloud Enterprise.








                                                                                                  19
   14   15   16   17   18   19   20