Page 7 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan
P. 7

PRAKATA



                 KETUA EDITOR








                 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

                 Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Unit
                 Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Sik berjaya menghasilkan sebuah buku yang
                 menghimpunkan karya inovasi dan penyelidikan bermula tahun 2018 sehingga tahun
                 2020. Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk menjadi panduan, rujukan dan sorotan
                 kembali berkenaan pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang giat dijalankan di
                 Kolej Komuniti Sik.

                 Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Sik mempercayai bahawa pembudayaan
                 inovasi dan kreativiti secara terancang lagi konsisten mampu melonjakkan usaha dalam
                 menjadikan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai salah satu pusat
                 penyelidikan gunaan dan inovasi yang mantap.

                 Dengan  keupayaan  para  pensyarah  dan  pelajar  membangunkan  pelbagai  produk  dan
                 teknologi terkini, ia dapat mewujudkan persekitaran institusi yang kondusif pada masa
                 hadapan disamping dapat meningkatkan imej korporat Kolej Komuniti Sik. Ia juga dapat
                 menyemarakkan  aktiviti  kreatif,  inovatif  dan  mewujudkan  persekitaran  kepada  kami
                 semua supaya sentiasa mencari peluang dalam menghasilkan pelbagai inovasi dan
                 kajian berimpak tinggi sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.

                 Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Sidang Redaksi
                 dalam menggembleng tenaga dan mengorbankan masa dalam tempoh menyempurnakan
                 karya yang bernilai ini. Tanpa anda semua, Buku Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan
                 Kolej  Komuniti  Sik  2018  ~  2020  ini  hanyalah  angan-angan  semata.  Semoga  dengan
                 penerbitan buku ini, segala matlamat yang disasarkan akan tercapai dan hasrat Kolej
                 Komuniti Sik untuk menjadi institusi TVET yang unggul akan terlaksana.

                 ‘Baca Buku, Buka Dunia’

                 Sekian, terima kasih.

                 Nurul Nadiah binti Shahrom
                 Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
                 Kolej Komuniti Sik
                 Kementerian Pengajian Tinggi










                                                                                                   7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12