Page 76 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 76
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
PIAWAIAN KUALITI BAGI PENYELARAS TINGKATAN
1. Menjalankan tugas guru tingkatan yang bercuti bersalin, kursus dan cuti sakit.
2. Menyelaras dan menguruskan penempatan pelajar-pelajar baru mendaftar atau berpindah masuk
ke sekolah.
3. Mengenalpasti senarai pelajar kehadiran cemerlang dan serta menyampaikan sijil kehadiran
cemerlang kepada pelajar.
4. Membantu guru tingkatan dan guru buku teks dalam urusan peminjaman dan pemulangan buku
teks
5. Membantu pengurusan guru-guru tingkatan semasa keputusan peperiksaan awam diumumkan di
sekolah
PIAWAIAN KUALITI BAGI GURU TINGKATAN
1. Mengutip/Memungut Yuran Sekolah
2. Menulis Buku Resit
3. Menyelenggara Buku Kedatangan pelajar
4. Melengkapkan Slip Kemajuan Murid
5. Mempastikan markah Ujian/Peperiksaan telah dimasukkan oleh guru matapelajaran ke komputer
Unit Peperiksaan.
6. Menyedia slip keputusan peperiksaan untuk diberikan kepada ibu bapa/ penjaga pelajar.
7. Memastikan papan kenyataan dalam kelas dimanfaatkan seperti menampal pekeliling sekolah,
jadual sukan, peraturan sekolah dan sebagainya.
8. Memastikan keadaan fizikal kelas serta alat perabot dijaga dengan baik.
9. Mengemaskini data/ maklumat pelajar dalam perisian / sistem yang digunakan.
10. Merekod penilaian kokurikulum pelajar.
11. Pengurusan Disiplin Pelajar dan Rekod
a) Jadual Kedatangan Kelas
Merekod segera semua butiran pelajar dalam jadual kedatangan, nombor pendaftaran,
yuran sekolah dan butir diri pelajar.
Mendaftar pelajar baru dalam Buku Daftar Murid sekolah.
Menanda kedatangan harian pelajar selewat-lewatnya pada waktu kedua persekolahan.
Jadual Kedatangan hendaklah diletakkan semula di Bilik Guru Kanan sebelum jam 9.00 pagi
(sesi pagi).
Menutup Jadual Kedatangan pelajar pada akhir bulan dan menyerahkan kepada guru
penyelaras untuk disemak.
Menghubungi ibu bapa / penjaga melalui Pengetua jika pelajar tidak hadir 3 hari berturut-
turut.
Meminta pelajar membawa surat dari ibu bapa / penjaga / doktor sekiranya tidak hadir ke
sekolah.
b) Ponteng Kelas ( BUKU KAWALAN DISIPLIN KELAS) )
c) Ponteng Sekolah ( SURAT AMARAN 1, 2, 3 dan buang sekolah )
d) Ponteng Kelas Tuisyen/ Tambahan
e) Pelanggaran Disiplin.
12. Membantu SU peperiksaan menyusun atur meja bagi peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.
13. Memastikan pengurusan kelas berjalan dengan teratur.
14. Melantik Ketua Kelas dan Jawatankuasa Kelas di awal tahun persekolahan.
15. Menyediakan borang surat akuan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas untuk tujuan pemberian
Sijil Berhenti Sekolah.
16. Mengurus pemberian dan pemulangan buku teks mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
17. Memantau dan memastikan kebersihan dan keceriaan kelas.
38

