Page 118 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 118
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
IMEJ VEKTOR GRAFIK DAN IMEJ VISUAL (BITMAP)
DEFINASI
Gambar vektor grafik adalah berdasarkan ekspresi matematik yang terdiri dari
titik (point), garis (line), dan bentuk (shape). Gambar vektor grafik juga
mempunyai istilah yang biasa disebut dengan point. Maksudnya point adalah
setiap titik (node) yang saling dihubungkan untuk membuat bentuk-bentuk
tertentu. Point tersebut boleh ditambahkan, dihapus, atau dipindahkan jalur
garisnya untuk membuat bentuk-bentuk tertentu mengikut keinginan anda.
Gambar vektor grafik tidak akan kabur atau pecah apabila diperbesarkan.
Ukuran aslinya akan tetap terjaga tanpa ada penurunan kualiti sedikitpun.
Rajah 3.1 Contoh Imej Vektor Grafik
Mari Melayari Internet!!
Kehadiran internet kini banyak membantu para pereka untuk
mendapatkan inspirasi rekaan. Taipkan carian logo atau layout dalam
google anda akan kembangkan idea anda.
Jom kita cuba sekarang.!!!
NOTA GURU : Imej Vektor grafik yang dihasilkan melalui beberapa perisian illustrasi seperti Adobe
Illustrator, Corel Draw dan Macromedia Freehand.Imej vektor grafik memiliki bentuk fail dengan format
.eps, .ai, .cdr dan .wmf.
108

