Page 126 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 126

Modul Pembelajaran
                                                                          KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


               KAMERA DIGITAL


               Jenis Kamera

               a) Kamera Saku / Kamera Poket / Kamera Kompak (Point and Shoot Camera)

               Kamera  Saku  /  Kamera  Poket  /  Kamera  Kompak  paling  banyak  digunakan  kerana  mudah

               digunakan  dan  harga  yang  murah.  Pengambilan  gambar  secara  automatik  dan  cepat.  Imejnya
               adalah standart dan tidak boleh diubahsuai.


               b) Kamera Digital Semi Profesional

               Kamera Digital Semi Profesional jenis ini memiliki banyak versi  antara lain prosumer camera
               dan advance digital camera. Kamera ini boleh dikendalikan secara semi automatik atau automatik

               sepenuhnya. Lensanya boleh difokuskan dan mempunyai kualiti gambar yang baik. Lensanya
               boleh ditukar daripada yang standart 35mm kepada pelbagai variasi seperti lensa macro atau
               lensa fish eye.


                       KAMERA  KOMPAK















                                                                           KAMERA  DSLR


                                      Rajah  3.7 Contoh Kamera Saku dan Kamera Semi Profesional



                  Kesemua gambar yang telah diambil menggunakan kamera digital boleh disimpan dalam kad

                  memori atau storan lain dengan menggunakan kabel pemindah imej atau card reader.





                                                              116
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131