Page 134 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 134

Modul Pembelajaran
                                                                        KSSM MPV Produksi Reka Tanda TINGKATAN 4


               PERKAKASAN KOMPUTER YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN

               REKA LETAK


                                                      1. Skrin Monitor
                                         Sebagai peranti yang berupaya memaparkan aksara / data / imej
                                         yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.
                                         Terdapat empat jenis monitor iaitu monitor  monocrome, monitor
                                         warna,  monitor  segerak  bilang  dan  monitor  ELD  (Elektro
                                         Luminescent Display).



                                                2. Unit Pemprosesan Pusat

                               Dikenali sebagai CPU (Central Processing Unit). Berfungsi sebagai
                               pusat  mengolah,  memproses  arahan-arahan  komputer  yang
                               diterima  daripada  pelbagai  sumber.  Tanpa  CPU  komputer  tidak
                               boleh berfungsi.


                                                     3. Papan Kekunci

                                         Dikenali   sebagai   keyboard.   Merupakan   peranti   yang
                                         menggunakan litar bersepadu untuk memasukkan data ke dalam
                                         komputer. Penyusunan papan kekunci mestilah mematuhi piawai
                                         iaitu  penyusunan  QWERT  pada  baris  pertama.  Ia  biasanya
                                         mempunyai 101 unit kekunci.


                                                         4. Tetikus

                               Dikenali dengan panggilan mouse. Merupakan peranti input ke
                               komputer yang mengawal pergerakan cursor pada skrin monitor.



                                                     5. Alat pengimbas


                                        Dikenali dengan nama scanner. Merupakan peranti yang
                                        mengimbas teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain kepada
                                        bentuk digital. Dipasang pada set komputer untuk kerja-kerja
                                        mengimbas.


                                                        6. Pencetak


                              Merupakan peranti yang menghasilkan data dalam bentuk cetakan
                              samada teks, gambar/grafik di atas kertas.Menggunakan dakwat
                              sebagai bahan utama iaitu Cyan, Magenta, Yellow dan Black.






                                                              124
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139