Page 185 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 185

Modul Pembelajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



               Nota



               Membuat keputusan dalam kerja mengukur, menanda dan memotong panel
               mengikut saiz yang dikehendaki berdasarkan spesifikasi hasil kerja akhir

               Mengukur, menanda dan memotong saiz panel akrilik mengikut ukuran secara manual atau
               menggunakan mesin pemotong akrilik dengan tepat dan kemas :


                             Secara manual
                       a
                             Mengukur dan menanda saiz panel akrilik mengikut  ukuran.

                             Meletakkan pembaris pada garisan yang telah dibuat.
                             Menggunakan pisau pemotong akrilik potong berulang kali pada garisan
                              yang telah dibuat sehingga separuh ketebalan kepingan akrilik.

                             Mematahkan kepingan akrilik yang telah di potong dengan meletakkannya di
                              tepi meja mengikut garisan potongan dan patahkan.


                             Mengelas sekeliling panel akrilik supaya panel akrilik licin dan kemas.

                             Menanggalkan  lapisan  pelindung  akrilik  pada  salah  satu  permukaan  dan

                              mencuci akrilik menggunakan lighter fluid supaya bersih daripada sebarang

                              gam perekat.

                            Nota: Melayur mengunakan blow torch di sekeliling kepingan akrilik
                            supaya kemas, licin dan berkilat sekiranya perlu.



                             Menggunakan mesin pemotong
                        b
                              Mengukur dan menanda saiz panel akrilik mengikut  ukuran.
                              Meletakkan kepingan akrilik di atas ruang kerja mesin pemotong.

                              Melaras kedudukan panel supaya garisan yang ditanda selari dengan mata
                               mesin.
                              Memotong panel akrilik dengan berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi

                               standard (SOP).
                              Mengelas sekeliling panel akrilik supaya panel akrilik licin dan kemas.

                              Menanggalkan  lapisan  pelindung  akrilik  pada  salah  satu  permukaan  dan
                               mencuci akrilik menggunakan lighter fluid supaya bersih daripada sebarang
                               gam perekat.


                            Nota: Melayur mengunakan blow torch di sekeliling kepingan akrilik
                            supaya kemas, licin dan berkilat sekiranya perlu.






                                                            175
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190