Page 191 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 191

Modul Pembelajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



               Aktiviti



               LANGKAH 1 – 4.1.8
               Murid  melihat  guru  menunjukkan  cara  mengukur,  menanda  dan  memotong  kepingan  akrilik
               bersaiz 200mm x 200mm.

               LANGKAH 2
               Guru  tunjuk  cara  mengukur,  menanda  dan  memotong  kepingan  akrilik  bersaiz  200mm  x
               200mm.

               LANGKAH 3
               Murid mengukur, menanda dan memotong kepingan akrilik bersaiz 200mm x 200mm.

               LANGKAH 4
               Guru tunjuk cara menanggalkan lapisan pelindung akrilik dan menggunakan cecair lighter fluid
               untuk membersihkan permukaan akrilik supaya bersih daripada sebarang gam perekat.

               LANGKAH 5
               Guru meminta murid menanggalkan lapisan pelindung akrilik dan menggunakan cecair lighter
               fluid untuk membersihkan permukaan akrilik supaya bersih daripada sebarang gam perekat.

               LANGKAH 6
               Murid  menanggalkan  lapisan  pelindung  akrilik  dan  menggunakan  cecair  lighter  fluid  untuk
               membersihkan permukaan akrilik supaya bersih daripada sebarang gam perekat.

               LANGKAH 1 – 4.1.9
               Murid  melihat  guru  tunjuk  cara  memindahkan  hasil  kerja  vinil  yang  telah  dipotong
               menggunakan mesin pemotong vinil (plot) ke atas permukaan akrilik dan membuat semburan
               mengikut warna berdasarkan reka bentuk yang telah dibuat.

               LANGKAH 2
               Guru meminta murid memindahkan hasil kerja vinil yang telah dipotong menggunakan mesin
               pemotong  vinil  (plot)  ke  atas  permukaan  akrilik  dan  membuat  semburan  mengikut  warna
               berdasarkan reka bentuk yang telah dibuat.

               LANGKAH 3
               Murid memindahkan hasil kerja vinil yang telah dipotong menggunakan mesin pemotong vinil
               (plot) ke atas permukaan akrilik. Murid membuat semburan mengikut warna berdasarkan reka
               bentuk yang telah dibuat.

               LANGKAH 4
               Guru tunjuk cara menanggalkan lapisan pelindung akrilik dan menggunakan cecair lighter fluid
               untuk membersihkan permukaan akrilik supaya bersih dan berkilat.

               LANGKAH 5
               Guru meminta murid menanggalkan lapisan pelindung akrilik dan menggunakan cecair lighter
               fluid  untuk membersihkan permukaan akrilik supaya bersih dan berkilat.

               LANGKAH 6
               Murid  menanggalkan  lapisan  pelindung  akrilik  dan  menggunakan  cecair  lighter  fluid  untuk
               membersihkan permukaan akrilik supaya bersih dan berkilat.





                                                            181
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196