Page 301 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 301
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Menggunakan mesin pemotong
Mengukur dan menanda saiz panel akrilik mengikut saiz.
Meletakkan kepingan akrilik di atas ruang kerja mesin pemotong.
Melaras kedudukan panel supaya garisan yang ditanda selari dengan
mata mesin.
Memotong panel akrilik dengan berhati-hati dan mematuhi prosedur
operasi standard (SOP).
Mengelas sekeliling panel akrilik supaya panel akrilik licin dan kemas.
daripada sebarang gam perekat.
Menanggalkan lapisan pelindung akrilik pada salah satu permukaan dan
mencuci akrilik menggunakan lighter fluid supaya bersih daripada
sebarang gam perekat.
NOTA: Melayur menggunakan blow torch di sekeliling kepingan akrilik
supaya kemas, licin dan berkilat sekiranya perlu.
Makluman Untuk Pelajar
Penggunaan mesin dan peralatan yang
tajam perlulah di bawah pengawasan guru.
291

