Page 326 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 326

Modul Pembelajaran
                                                                       KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



                 Nota

               Maksud  Papar Tanda Semburan Cat

               Papar  tanda  semburan    ialah  papar  tanda  yang  dihasilkan  untuk  menimbulkan  grafik  atau
               penghurufan  dengan  menggunakan  teknik  semburan.  Kebiasaannya  papar  tanda  ini
               menggunakan kepingan besi seperti kepingan zink, aluminium dan sebagainya.  Permukaan
               kepingan  besi  ini  biasanya  akan  dilakukan  beberapa  proses  dan  seterusnya  permukaan  itu
               akan disembur dengan semburan cat. Papar tanda jenis ini amat sesuai untuk kegunaan di luar
               atau kawasan terbuka. Manakala definisi semburan pula merujuk kamus Dewan Bahasa edisi
               2  ialah  semburan  bermaksud  sesuatu  yang  terpancar  (terpancut).  Alatan  yang  digunakan
               untuk kerja semburan adalah spray gun (pistol semburan). Alatan ini mesti digunakan bersama
               kompresor angin bagi tujuan semburan.




                                                Papar Tanda Semburan


                                    Dihasilkan untuk menimbulkan grafik atau penghurufan
                                    dengan menggunakan teknik semburan




                                    Bahan utama ialah cat dan kepingan aluminium atau zink



                                    Sesuai digunakan di kawasan luar bangunan dan terbuka
                                    kerana tahan lasak dan tahan lama



                                   Alatan  yang biasa digunakan ialah menggunakan pistol
                                   semburan (spray gun) dan mesin tekanan angin (air
                                   compressor) selain menggunakan tin berisi tekanan
                                   angin atau tin semburan.



                                                     SILA IMBAS SAYA



                                            Maksud semburan berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi 2






                                                            316
   321   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331