Page 353 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 353

Modul Pembelajaran
                                                                       KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4




                             PROSES KERJA MENYEMBUR CAT PADA PANEL ZINK (COLOUR BOND)


               Proses  kerja  menyembur  cat  pada  panel  zink  (colour  bond)  mestilah  meliputi  kemahiran
               menyediakan kelengkapan semburan cat, mematuhi langkah keselamatan, teknik menyembur
               lapisan  kemasan,  menyusun  atur  penghurufan,  mengecat  imej  dan  penghurufan  supaya
               semburan mengikut teknik yang betul dan kemas.

               Dari segi aspek keselamatan murid mesti :

                   a.  Memakai topeng pelindung (mask) semasa membuat kerja semburan.
                   b.  Memastikan peredaran udara yang baik.

                   c.  Memastikan injap angin ditutup semasa memisahkan peralatan daripada hos angin.
                   d.  Pastikan cat atau “thinner” terpakai dibuang dengan selamat.


                 1                               Memasang kompresor

                                                 Mengeluarkan angin yang berada di dalam
                                                 tangki kompresor dan menutup semula
                                                 saluran skru selepas angin dikeluarkan.

                                                 Sambungkan hos angin kepada tolok angin
                                                 dan “spray gun”.






                             2


                                                              Memasukkan cat ke dalam takung.








                  3
                                                   Campurkan cat dengan thinner untuk

                                                   mencapai kelikatan “viscosity” yang
                                                   sesuai.

                                                   Mengacau cat sehingga sebati.






                                                            343
   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358