Page 12 - NOTA PAPAN TANDA SEMBURAN CAT
P. 12
Langkah Kerja Sebelum Membuat Semburan Latar Belakang. (ms/18)
1. Pasangkan kompresor.
2. Keluarkan angin yang ada dalam tangki kompresor. Tutup semula saluran skru selepas
angin dikeluarkan.
3. Sambung hos angin kepada tolok angin dan “sray-gun”
4. Campurkan cat dengan thinner untuk mendapat kelikatan “viscisity” yang sesuai.
5. Isikan takungan cat ¾ penuh, pasangkan pada spray-gun
6. Semak tekanan angin (tolok angin 45 psi – 55 psi.
7. Uji and selaras spray-gun supaya atomization adalah memuaskan. Penyelarasan dibuat
dengan memusingkan injap menyelaras jarum dan injap kawalan semburan.
8. Lakukan kerja semburan.
9. Bersihkan alatan selepas kerja semburan.
10. Keluarkan angin dari tangki kompersor setelah kerja selesai.
Langkah Kerja Membuat Semburan Latar Belakang.
1. Ukur, tanda dan potong zink mengikut ukuran
2. Gosok zink menggunakan kertas pasir halus, cuci dan keringkan zink tersebut.
3. Sediakan kelengkapan kerja semburan cat.
4. Pasang dan uji kelengkapan semburan cat
5. Isikan cat kedalam takungan dan pasangkan pada spray-gun
6. Lakukan kerja semburan latar belakang
7. Bersihkan peralatan selepas digunakan
Keselamatan:
1. Pastikan topeng pernafasan dipakai semasa membuat kerja semburan
2. Pastikan kawasan kerja mempunyai pengedaran yang baik.
3. Pastikan saluran angin ditutup semasa memisahkan peralatan daripada hos angin
4. Pastikan cat atau thinner terpakai dibuang dengan selamat.
12

