Page 2 - NOTA PAPAN TANDA SEMBURAN CAT
P. 2
LANGKAH KESELAMATAN DAN KEBAKARAN
• Kebanyakan kemalangan berpunca daripada kesilapan dan kecuaian manusia.
• Pelajar merupakan punca utama kemalangan selain daripada suasana tempat kerja,keadaan
peralatan,bahan yang digunakan, pakaian bekerja juga bolah mengakibatkan kemalangan.
Keselamatan Diri Sendri
1. Kesihatan:
• Pekerja yang tidak sihat tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerja yang
dilakukan.
• Kesihatan perlu merangkumi fizikal, cukup tidur atau rehat dan tidak lapar.
• Pekerja juga perlu sihat dari segi mentel/fikiran (tenteram)
• Tidak berangan-angan semasa bekerja.
2. Disiplin :
• Perlu mematuhi arahan dan peraturan.
• Jangan melakukan sesuatu yang membahayakan diri dan orang lain.
• Menjaga keberihan di tempat kerja.
• Bekerja sama dengan pekerja lain.
3. Pengetahuan :
• Pekerja perlu mempunyai pengetahuan berkaitan peralatan yang digunakan, agar
pekerja dapat menggunaka peralatan dengan baik.
• Latihan dari masa ke semasa boleh meningkatkan pengetahuan pekerja.
4. Perlindungan :
• Pakaian yang sesuai perlulah sesuai. Pakaian yang koyak dan tidak kemas serta
bersandal adalah tidak sesuai. Kasut bertapak getah amat sesuai.
• Cermin mata keselamatan (google) perlu dipakai untuk melindungi muka dan mata.
• Topi Keledar keselamatan digunakan untuk melindungi kepala.
• Bagi melindungi tangan sarung tangan yang sesuai hendaklah digunakan. Contohnya
bagi melakukan kerja kimpalan sarung tangan kulit henaklah digunakan, untuk kerja
yang ringan pula sarung tangan kain perlu digunakan.
• Semasa melakukan kerja semburan cat topeng pernafasan (mask) perlu digunakan
bagi melundungi pernafasan kerana cat yang disembur bahaya untuk kesihatan.
2

