Page 35 - bendera_kita_jalur_gemilang_2019
P. 35
32 | BENDERA KITA J ALUR GEMILANG
Selain itu, Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera
pada hari persekolahan.
MASA PEMASANGAN BENDERA
Tradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu
matahari terbit sehinggalah matahari terbenam iaitu mulai
7.00 pagi hingga 7.00 petang.
Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan
seperti berikut:
• Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan - Mengikut
waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus
(overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari
Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera
dikibarkan.
• Sekolah-Sekolah - Mengikut waktu mulanya kelas pertama
dan diturunkan selepas kelas terakhir tamat.
• Feri dan Kapal - Dikibarkan sepanjang hari.

