Page 6 - bendera_kita_jalur_gemilang_2019
P. 6
BENDERA KITA J ALUR GEMILANG | 3
SEJARAH JALUR GEMILANG
Penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
diilhamkan melalui satu pertandingan mereka cipta bendera
peringkat kebangsaaan pada Mei 1948. Seramai 373 karyawan
telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan
telah melalui proses pemilihan serta pertimbangan. Pada 15
November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya
dipilih ke peringkat akhir.
Reka bentuk seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor,
Encik Mohamed Bin Hamzah telah mendapat majoriti dan
perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari
1950.
Gambar 1 - Pencipta
Reka Bentuk Bendera
Persekutuan Tanah Melayu

