Page 5 - draft buku cenderahati konvensyen warda
P. 5
PRAKATA SETIAUSAHA AGUNG
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan
izin dan rahmahNya dapat kita mengadakan Konvensyen Wanita Muda
Amanah Nasional Tahun 2020.
Konvensyen WARDA Nasional yang julung kali diadakan ini, dengan suasana
norma baharu diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada ahli-
ahli Wanita Muda AMANAH dalam melaksanakan gerak kerja
membangunkan Parti AMANAH Negara dan Negara Malaysia tercinta.
Sesungguhnya konvensyen adalah satu medan untuk kita bermuhasabah dan
merancang pergerakan dan halatuju, memperbaiki kelemahan agar gerak
kerja organisasi kita menjadi lebih baik selepas ini.
Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen Wanita Muda
AMANAH Nasional ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada tetamu-
tetamu kehormat serta sahabat seperjuangan sekalian atas kesudian dan
kesungguhan melapangkan masa untuk menghadiri Konvensyen Wanita
Muda AMANAH Nasional Tahun 2020 ini.
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli-ahli jawatankuasa yang
memberikan sokongan dan komitmen bagi memastikan kelancaran
perjalanan Konvensyen AMANAH Nasional Tahun 2020. Semoga usaha ini
menjadi amal berpahala dan mendapat ganjaran disisi-Nya.
Saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen Wanita Muda AMANAH
Nasional memohon kemaafan atas segala kelemahan dan kekurangan yang
ada. Sekali lagi, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak
yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung membantu
menjayakan Konvensyen Wanita Muda AMANAH Nasional Tahun 2020.
Selamat Berkonvensyen saya ucapkan kepada semua.
NUSAIBAH BT NORBAWI
Pengarah
Jawatankuasa Pelaksana
Konvensyen Wanita Muda Amanah Nasional Tahun 2020

