Page 28 - BUKU MAT22 KSR LPP_Neat
P. 28

7.      PERANCANGAN 2021/2022 KSR LPP NEGERI SELANGOR.


               7.1     Meneruskan Program Kebajikan/Sumbangan Ahli.

                       Untuk tahun 2021 dan 2022, KSR LPP Negeri Selangor akan terus menjalankan
                       program-program untuk kebajikan ahli seperti berikut :

                          j.  Sumbangan buah tamar untuk ahli sempena menyambut Bulan Ramadhan
                              atau lain-lain sumbangan yang difikirkan sesuai

                          k.  Sumbangan  Khairat  Kematian  yang  berjumlah  RM  500  terhad  kepada
                              kematian suami, isteri, ibu dan bapa pegawai serta anak sahaja.

                          l.  Sumbangan  Hadiah  Perkahwinan  yang  berjumlah  RM  100  untuk
                              perkahwinan pertama sahaja, jika pasangan suami isteri adalah ahli, hanya
                              satu tuntutan sahaja boleh dibuat.

                          m. Sumbangan Kelahiran Cahayamata yang berjumlah RM 100. Hanya untuk
                              cahayamata pertama sahaja atau cahayamata pertama di Negeri Selangor.
                              Jika pasangan suami isteri adalah ahli, hanya satu tuntutan sahaja boleh
                              dibuat.

                          n.  Sumbangan Menunaikan Ibadat Haji dengan nilai RM 100.00

                          o.  Sumbangan Kerana Sebab-Sebab Khas dengan nilai RM 100 yang terdiri
                              dari  kemasukan  ke  wad  yang  terhad  hanya  sekali  setahun,  kecederaan
                              kerana atau ketika mewakili sukan untuk KSR LPP Selangor, kemalangan
                              dan  lain-lain  faktor  yang  difikirkan  layak  oleh  Jawatankuasa  KSR  LPP
                              Selangor.

                          p.  Sumbangan Kerana Bertukar ke Negeri Lain dengan nilai RM 100.00 yang
                              hanya layak dituntut oleh ahli yang telah berkhidmat di LPP Negeri Selangor
                              sekurang-kurangnya enam bulan.

                          q.  Sumbangan  yang  bernilai  RM  150.00  kepada  ahli  yang  bersara  dari
                              perkhidmatan.

                          r.  Sumbangan mangsa positif Covid 19 dengan nilai RM 100.00

                          s.  Kemudahan pinjaman kecemasan yang berjumlah RM 500.00 yang perlu
                              dibayar semula melalui potongan gaji.




                                                                                                           28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33