Page 49 - BUKU MAT22 KSR LPP_Neat
P. 49
Fasal 17 PEMBUBARAN
1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan
persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada
jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang
dipanggil khas kerananya.
2) Sekiranya Pertubuhan hendaklah dibubarkan secara yang
disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan
Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung
berkenaan.
3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah
disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari
dari tarikh pembubaran itu.
Fasal 18 PERATURAN PENGURUSAN PREMIS
1) Kelab tidak dibenarkan menempatkan sebarang mesin hiburan
termasuk mesin permainan video di dalam premis Kelab untuk
kegunaan ahli-ahli.
2) Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang asal hendaklah dipamerkan di
dalam premis Kelab di tempat yang mudah dilihat.
3) Papan tandanama yang mencatatkan nama dan nombor
pendaftaran Kelab hendaklah dipamerkan di bahagian luar
premis Kelab yang disewa atau milik Kelab.
4) Kenyataan seperti berikut hendaklah dipamerkan di tempat yang
bersesuaian di dalam premis Kelab:
“Peralatan dan kemudahan Kelab adalah untuk kegunaan ahli-
ahli sahaja. Kanak-kanak sekolah di larang memasuki serta
menggunakan peralatan dan kemudahan yang disediakan”
49

