Page 2 - PEREKODAN NILAM
P. 2

LATAR BELAKANG PROGRAM NILAM




          • ‘NILAM’  atau  Nadi  Ilmu  Amalan  Membaca  merupakan  gabungan  atau
              adunan semua aktiviti galakan membaca

          • Mula  dilaksana  pada  1999,  melalui  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Kementerian

              Pelajaran  Malaysia  Bil.13/1998  :  Program  Membina  Tabiat  Membaca

              bertarikh 22 Mei 1998.
          • Objektif  program  NILAM  ialah  menjadikan  membaca  sebagai  satu  budaya

              dalam kalangan murid sekolah

          • Membina tabiat membaca dan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.



          PROGRAM NILAM



               Program NILAM telah bermula sejak 1999. Program ini merupakan satu

               strategi menanam minat membaca secara terancang dalam kalangan murid

               supaya terbina tabiat dan budaya membaca dan menjadikan ia aktiviti

               berterusan sepanjang hayat.
               Fokus bacaan – buku fiksyen, buku bukan fiksyen dan pelbagai bahan

               bacaan lain termasuk bahan bacaan digital
               Menulis rumusan

               Aktiviti-aktiviti gerakan membaca – memupuk minat membaca dalam

               kalangan murid
   1   2   3   4   5   6   7