Page 3 - Penerapan Teknologi Dan Aplikasinya Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran
P. 3
47
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diintegrasikan ke dalam bidang
pendidikan untuk membawa perubahan yang positif kepada golongan
pendidik serta pelajar. Guru perlu mahir dalam mengintegrasikan model ini
ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengajaran dan
pembelajaran mendorong penemuan pengetahuan serta kemahiran yang
mengubah sikap seseorang. Perkembangan teknologi menyebabkan
reformasi ke atas corak dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Sesuatu perubahan yang menyeluruh perlu disedarkan
dan diamalkan untuk memastikan hasil pembelajaran akan tetap dicapai,
dengan corak dan pendekatan yang berbeza. Menerima dan menghayati
perubahan memerlukan pemahaman yang betul untuk membentuk sikap
yang positif terhadap kegunaan dan kebolehgunaan sesuatu integrasi atau
perubahan yang dihadapinya.

