Page 4 - Safe Cycling booklet
P. 4
4
Apa itu basikal lajak?
Basikal lajak adalah basikal yang telah diubah suai ciri-ciri keselamatannya
seperti break dan loceng yang digunakan untuk tujuan berlumba secara tidak
selamat.
Kajian mendapati isu basikal lajak biasanya berlaku dalam kalangan remaja
lingkungan 11 sehingga 15 tahun. Mereka biasanya bergerak dalam
kumpulan. ‘Tentera Fly JB’, ‘Kaki Ride Kulai’, ‘Kaki Pecut Selatan’ dan
‘Perling Fly JB’ antara gang basikal lajak yang terkenal.
Mereka yang terlibat dengan basikal lajak ini dikaitkan dengan banyak
masalah moral. Pertemuan mereka sesama kumpulan bukan sahaja hanya
untuk berlumba, tetapi akan terlibat dengan gejala sosial yang lain seperti
merokok, mencuri, vandalisma dan sebagainya.

