Page 33 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 33
Monorel
Laluan monorel dibuka pada 31 Ogos 2003, dengan 11 stesen
sepanjang 8.6km di dua landasan selari bertingkat. Laluan monorel ini
menghubungkan hab pengangkutan KL Sentral di selatan dan
Titiwangsa di utara. Laluan ini terdiri daripada satu laluan dwi arah
yang menghubungkan kawasan-kawasan di dalam Kuala Lumpur
yang sebelumnya tidak dilalui oleh perkhidmatan kereta api yang lain,
iaitu Brickfields, Bukit Bintang, dan Chow Kit, dengan stesen LRT,
MRT dan KTM Komuter yang terdapat di KL Sentral, Muzium Negara,
Hang Tuah, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa.
Bagi maklumat tambahan mengenai Monorel dan
perkhidmatannya, sila layari laman sesawang Prasarana Malaysia
Berhad di https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-
travel-with-us/rapid-kl/monorail-and-lrts
32

