Page 45 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 45

KLIA Ekspres & KLIA Transit




                          KLIA  Ekspres  adalah  rangkaian  kereta  api  lapangan  terbang
                    tanpa  henti  ke  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuala  Lumpur
                    (KLIA) di Malaysia. Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi dari KL

                    Sentral,  stesen  kereta  api  utama  Kuala  Lumpur  ke  KLIA  serta
                    lapangan  terbang,  KLIA2.  Laluan  KLIA Ekspres  adalah  salah  satu

                    daripada dua perkhidmatan bagi Express Rail Link Sdn Bhd (ERLSB),
                    yang berkongsi landasan kereta api yang sama dengan KLIA Transit.
                    Perkhidmatan KLIA Transit berhenti di semua stesen di sepanjang

                    jalan,  manakala  KLIA  Ekspres  beroperasi  tanpa  henti  antara  KL
                    Sentral dan KLIA/klia2. KLIA Ekspres dan KLIA Transit dikendalikan

                    oleh ERLSB.


                          Kereta api KLIA Transit ERL adalah suatu perkhidmatan yang
                    direka khas untuk pelancong dan kakitangan lapangan terbang untuk

                    melakukan perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur ke KLIA dan
                    lapangan terbang KLIA2. Jumlah masa perjalanan dari KL Sentral ke

                    KLIA2  hanya  39  minit.  Kereta  api  KLIA  Transit  berlepas  dengan
                    frekuensi setiap 20 minit pada waktu puncak, dan setiap 30 minit pada
                    waktu luar puncak.



                    Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kliaekspres.com/


























                                                             44
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50