Page 51 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 51
ERCL
Perkembangan Projek Laluan Rel Pantai Timur
(ECRL) Menghubungkan 4 Negeri Malaysia . Kira-kira
empat tahun lagi, penduduk di Pantai Timur termasuk di
Kelantan bakal memiliki pengangkutan awam berkelas
dunia apabila Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
dijangka siap pada Dis 2026.
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer (km)
merangkumi pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan,
Terengganu, Pahang & Selangor. Pengurus Pembinaan
Wilayah Malaysia Rail Link (MRL) Seksyen 1, 2 & 3 Wan
Adnan Wan Mat berkata ketika ini kerja-kerja
pembinaan projek ECRL di Kelantan mencapai kemajuan
infrastruktur sebanyak 21.58 peratus setakat Mac lepas.
Kini kerja pembinaan tiang-tiang ECRL Kelantan
sedang dijalankan di Kampung Padang Lengkuas,
Padang Pisang. Pekerja-pekerja kontrak juga terus
melakukan kerja penyediaan bahan untuk pembinaan
tiang ECRL Kelantan di Base Camps Tunjong, Kota Bharu
Kelantan.
50

