Page 14 - BACAAN PPDa UBKDMASS
P. 14

UBK SMKDMM : MESEJ 5 MINIT PPDa #STAYATHOME #BREAKTHECHAIN #KITAMESTIMENANG



                                                                                                                                                 13
         TANDA DAN KESAN PENAGIHAN DADAH


                               Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat

                               melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa,
                               sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh

                               dilihat berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah :




            1.    Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat              7.    Parut dan bekas suntikan di lengan dan di
                  kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.                    hujung jari bertukar warna akibat menghisap
            2.    Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap                      ganja.
                  dan tidak bermaya.                                        8.    Berdampingan dengan mereka yang diketahui
            3.    Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.                        menagih dadah.
            4.    Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.               9.    Meminta wang secara berlebihan daripada
            5.    Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang                         keluarga.
                  dilakukan atau dimiliki.                                  10. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau
            6.    Hilang selera makan, kurang berat badan, mata                   mencuri barang-barang yang mudah dijual dari
                  berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup                    rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara
                  dan kuyu.                                                       atau kaum keluarga.
                                                                            11. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil
                                                                                  tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat
                                                                                  bawah bangunan dengan tujuan untuk
                                                                                  mengambil dadah.
          Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini

          sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya
          kepada pakar-pakar perubatan.
   9   10   11   12   13   14   15   16