Page 4 - Lencana Usaha (Melaka Version)
P. 4
LENCANA USAHA
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
ASAS PERBARISAN
1) Masuk Baris
- Arahan diberi oleh ketua perbarisan.
- Semua ahli pengakap masuk baris.
2) Sedia
- Berdiri tegak.
- Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm.
3) Senang Diri
- Bukakan kaki kiri ke kiri.
- Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
- Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
4) Rehatkan Diri
- Seperti senang diri.
- Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.
5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke
atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki
kiri.
- Kemudian, menggengam dan menghulurkan tangan kanan ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke
arah kanan.
- Betulkan kedudukan.
- Pengakap yang berada di belakang bergerak sehingga kedudukannya selari dengan pengakap yang lain.
- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendengar arahan pandang depan.
6) Ke kanan/ kiri Pusing
- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.
7) Kebelakang pusing
- Seperti dengan ke kanan pusing.
- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.
8) Buka Barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.
9) Tutp barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
10) Langkah Ke Sebelah
- Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.
- Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.
11) Paras
4

