Page 2 - Final Buku Pengurusan SKBR FINAL 2021
P. 2

BUKU PENGURUSAN   2021


                                              Perutusan Guru Besar
                                              Sesi Persekolahan 2021

















              Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

                     Pertama sekali saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan berkhidmat bersama-sama
              saya di bawah bumbung Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Sebagai guru besar, saya penuh yakin SK
              Bukit  Rimau  sudah  ada  asas  yang  kukuh  bagi meletakkan  sasaran kecemerlangan  yang  tinggi.  Saya
              melihat krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan
              pengajaran  secara  konvensional  tertangguh,  bahkan  guru  perlu  menyesuaikan  diri  dengan  norma
              kehidupan dan kebiasaan baharu dimana proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara
              dalam talian.

                     Oleh yang demikian, semua guru perlu meningkatkan ilmu, kompetensi, keupayaan, kemahiran,
              perubahan  sikap  dan  kesiapsiagaan  dalam  menerima  norma  baharu  dalam  pendidikan.  Guru  perlu
              mempunyai anjakan paradigma untuk menerima senario baharu pendidikan global dan menyiapkan
              generasi  yang  celik  teknologi  maklumat.  Ini  penting  dalam  menyiapkan  mereka  (murid)  bagi
              menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan bersedia menjadi generasi digital. Diharapkan walau
              apapun cabaran tidak akan melunturkan semangat juang para guru untuk meneruskan sesi pengajaran
              dan pembelajaran melalui amalan norma baharu dalam sektor pendidikan negara. Terimalah kenyataan
              amalan norma baharu dan e-pendidikan bukan lagi satu pilihan dalam sistem pendidikan masa hadapan.

                     Saya  amat  yakin,apa  yang  sedang  dilaksanakan  di  SK  Bukit  Rimau  sekarang  adalah  ke  arah
              merealisasikan 6 aspirasi murid, 5 aspirasi sistem melalui 11 anjakan sebagaimana digariskan dalam
              Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (2013-2025).  Marilah  bersama-sama  berganding  bahu,
              eratkan perpaduan dan bantu-membantu untuk mengangkat dan meletakkan imej sekolah yang lebih
              cemerlang  dan  terbilang  sama  ada  dalam  bidang  akademik,  kokurikulum,  sahsiah  dan  kepimpinan
              pelajar. Tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan penuh tanggungjawab maka lakukan yang
              terbaik. Kata pepatah “Muafakat Membawa Berkat”. Saya sentiasa terbuka dengan cadangan untuk
              penambahbaikan  demi  kelangsungan  kecemerlangan  sekolah  tercinta  ini.  Akhir  kata,  selamat
              menjalankan tugas dan selamat maju jaya.

                                            “SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”




                                                  FAUZANAH BINTI SHARIF
                                                      GURU BESAR
                                                     SK BUKIT RIMAU
                                                    2 DISEMBER 2020






                                                                                                     1
   1   2   3   4   5   6   7