Page 2 - testing manual tugas guru dan profil smk juasseh
P. 2

MANUAL PENGURUSAN SMK JUASSEH 2019








                  PERUTUSAN PENGETUA CEMERLANG

                                               SMK JUASSEH



               Assalamualaikum wbt., Selamat Sejahtera dan Salam Transformasi Pendidikan,
               Alhamdulillah, terlebih dahulu saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah
               untuk sidang 2019. Setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua guru yang
               telah berjaya melaksanakan tugasan sepanjang tahun 2018. Tahun 2018 telah
               berlalu dan banyak yang terkesan di dalam sanubari untuk kita muhasabah diri.
               Tahun  2019  merupakan  gelombang  ke  dua  Pelan  Pembangunan  Pendidikan
               Malaysia.  Ia menjurus  kepada memacu peningkatan  sistem. Masa depan dan
               ketekalan  guru  sebagai  penjawat  awam  berkait  rapat  dengan  integriti  dan
               kompetensi.  Komitmen  dan  ketrampilan  mesti  berwajah  pendidik  yang
               berdedikasi.
               Para guru perlu melengkapkan ilmu dan kemahiran untuk mewujudkan suasana
               pembelajaran  abad  ke  21.  SMK.Juasseh  dipilih  sebagai  sekolah  pelaksana
               untuk  program  Dual  Language  Programme  (DLP)  dan  Highly  Immersive  Programme  (HIP)  bermula  pada
               tahun 2018. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) hendaklah diimplimentasikan dalam aktiviti pembelajaran.
               KPI Frog Vle sekolah akan ditingkatkan melalui PdPc dan segala dokumen atau bahan siaran akan dimuat
               naik  ke  dalam  Frog  Vle  dan  portal  sekolah.  Penyebaran  maklumat  dan  sistem  komunikasi  warga  sekolah
               diperluaskan melalui pembangunan Aplikasi 1Stop Data Center. Pihak Guru, murid dan warga sekolah boleh
               mengakses maklumat dan menjadi saluran komunikasi untuk mendapat informasi secara berpusat, sistematik
               dan  moden  selari  dengan  perubahan  zaman.  Penglibatan  murid  dalam  aktiviti  Kokurikulum  sehingga
               peringkat  tertinggi  juga  diberikan  wajaran  yang  sama  penting  seiring  dengan  kurikulum  dan  Insaniah.
               Kemenjadian  insaniah  murid  hendaklah  difokuskan  kepada  memaksimumkan  kehadiran  murid  dan
               meminimumkan  salah  laku  disiplin  agar  slogan  KPM  iaitu  Membina  Ilmu  dan  Menyempurnakan  Akhlak
               menjadi realiti.

               Memimpin dan dipimpin merupakan fitrah organisasi. Ini bermakna semua warga SMK Juasseh berada pada
               halatuju yang sama iaitu setiap individu rasa selesa dan seronok bekerja serta sentiasa memberi manfaaat
               kepada yang lain. Saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain serta berakhir dengan kepuasan
               bekerja. “Didiklah anak-anakmu, karena mereka akan hidup pada zaman yang berbeda dengan zamanmu”
               Itulah pesan singkat dari Khalifah kedua umat Islam Umar bin Khatab. Kerja sebagai ibadah atau ladang amal
               akan terus memotivasikan diri sendiri untuk bekerja dengan ikhlas dan jujur akan mendorong memudahkan
               urusan  orang  lain.  Memahami  bidang  tugas  dan  peranan  yang  diamanahkan  memerlukan  kolaborasi  agar
               setiap orang dapat mengambil tanggungjawab bersama.
               Pengurusan sekolah pada Tahun 2019 akan berusaha untuk mendepani cabaran mendatang bersama isu-isu
               semasa.  Isu  kehadiran  masih  menjadi  fokus  perancangan  strategik  JPN,PPD  dan  sekolah.  Pencapaian
               Akademik masih ditahap sederhana .Kemenjadian Kokurikulum perlu diperluaskan agar setiap murid dapat
               menyertai  pertandingan  sehingga  ke  peringkat  yang  lebih  tinggi.  Oleh  itu  amalan  headcount  perlu
               diperluaskan supaya setiap program bermula dengan data asas yang kukuh dan mendalam merujuk kepada
               punca masalah. Pelan Taktikal dan Pengurusan Organisasi (PTPO) hendaklah dirujuk supaya selari dengan
               perancangan strategik sekolah. Hubungan komuniti juga menjadi sebahagian agenda kecemerlangan sekolah
               melalui aktiviti sarana sekolah serta penglibatan Ibubapa dan Komuniti(PIBK). Pengurusan kewangan tahun
               2019 akan memastikan hanya program yang penting dan berimpak tinggi diberi keutamaan.
               Akhirnya,kita berdoa agar segala perancangan yang dinukilkan dapat dilaksanakan dengan jayanya
               sepanjang tahun 2019. ‘Systematic approach, Manageable objectives, Kind teachers, Joyous learning’. SMK
               Juasseh a place to be somebody.
               Sekian terima kasih.


                                                                                                               1
   1   2   3   4   5   6   7