Page 5 - DINAS 2019
P. 5

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SEKOLAH

                    Pada tahun 1956, Sekolah Menengah Saint Joseph Persendirian telah ditubuhkan bertempat di Jalan
             Abdul Rahman Andak, Johor Bahru bersebelahan dengan gereja Katholik melalui Reverend Brother Elzear.
             Pada tahun berikutnya bangunan itu telah dibesarkan melalui projek Pasar Ria yang telah diadakan dengan
             sokongan orang-orang kenamaan dan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan
             Johor yang telah  bermurah hati menghulurkan derma.


                    Pada tahun 1960, Sekolah Menengah Saint Joseph ( Bantuan ) telah dimulakan. Namun begitu
             Sekolah Menengah Persendirian yang telah dibina tetap diuruskan dan diteruskan. Dua tahun kemudian
             bangunan 3 tingkat dan 12 bilik darjah telah siap dibina. Bangunan ini digunakan untuk menampung kesemua
             murid Sekolah Rendah Saint Joseph. Prestasi yang baik dalam bidang akademik menjadi daya tarikan ibu
             bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di sekolah ini. Memandangkan hal
             ini, berlakulah masalah kekurangan bilik darjah untuk menampung bilangan murid yang kian meningkat. Untuk
             mengatasi masalah ini pada tahun 1965, Rev. Brother Elzear @ Rev. Brother Roberge yang dikenali sebagai
             ‘arkitek’ St. Joseph bertugas menandatangani kontrak memulakan kerja pembinaan dengan  menggunakan
             sebidang tanah seluas lebih kurang 16 ekar di Larkin sebagai tambahan kawasan untuk sekolah-sekolah Saint
             Joseph iaitu membina bangunan dua tingkat dengan 18 buah bilik darjah, sebuah blok makmal sains dan
             sebuah kantin.

                    Pada tahun 1967, sekolah baru di Larkin telah siap dibina dan Sekolah Saint Joseph Persendirian
             dipindahkan ke kawasan baru di Larkin. Yang Tinggal hanyalah 3 buah sekolah iaitu SRJK ©, SRK dan
             Sekolah Menengah Saint Joseph ( Bantuan ) di Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru. Setiap tahun
             bilangan pelajar di ketiga-tiga buah sekolah Saint Joseph telah meningkat dengan pesatnya. Prestasi yang
             baik   dari   segi   pencapaian   akademiknya   ialah   faktor   utama   bilangan   pelajar   meningkat   setiap   tahun.
             Perkembangan   yang   pesat   ini   menyebabkan  berlakunya   keadaan  sesak   dan   kurang   selesa   dari   segi
             kemudahan fizikal. Rancangan untuk membina bangunan tambahan bagi Sekolah Menengah Saint Joseph
             ( Bantuan ) dalam kawasan seluas 2 ½  ekar tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan kawasan.


                    Apabila Encik Tan Hock Chai menjadi Pengetua dan kebenaran telah diperoleh daripada Brothers of
             Saint Gabriel untuk membina bangunan Sekolah Menengah Saint Joseph ( Bantuan ) di Jalan Garuda, Larkin,
             Johor Bahru  bersebelahan dengan Sekolah Menengah Saint  Joseph ( Persendirian ). Satu Walkaton telah
             diadakan pada tahun 1984 dan jumlah wang yang dapat dikumpul adalah sebanyak RM200.000.00. Pada
             tahun 1985, satu Pasar Ria telah diadakan untuk menambah peruntukan bagi projek tersebut. Oleh itu projek
             pembinaan telah dimulakan   pada   awal April 1987 dan siap dibina pada akhir tahun 1986 dengan kos
             pembinaan sebanyak RM1.2 juta.


             Mulai tahun 1980 hingga 1990 beberapa projek kutipan derma anjuran bersama PIBG sekolah-sekolah Saint
             Joseph telah diadakan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai kos pembinaan sekolah baru di
             Larkin.

                           Sekolah baru ketika itu terdiri daripada :-
                           a.     2 blok bangunan yang mengandungi 15 bilik darjah
                           b.     sebuah dewan
                           c.     4 makmal sains dan beberapa kemudahan fizikal
                           d.     sebuah padang
                           e.     1 blok tandas
                           f.     3 makmal Kemahiran Hidup ( dibina diawal tahun 1990an )
                                                                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10