Page 58 - DINAS 2019
P. 58

TUGAS JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

             1.   Melibatkan   guru-guru   dalam   meningkatkan   kebajikan   sekolah   dengan   memberi   buah   fikiran   dan
                  pandangan   melalui   perbincangan   dalam   menggubal   peraturan-peraturan   sekolah   dan   jika   perlu
                  mengkaji semula dari semasa ke semasa.

             2.   Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar
                  berkenaan.


             3.   Membincangkan masalah kebajikan pelajar dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam
                  menangani masalah tersebut.


             4.   Menimbang dan menerima pandangan serta cadangan dari pelajar, guru dan ibu bapa mengenai hal-
                  hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.

             5.   Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.

             6.   Mesyuarat
                    6.1.   Mesyuarat Sidang Penuh
                           Mesyuarat   yang   diadakan   bagi   membentangkan   dan   membincangkan   peraturan   yang
             digubal,
                           cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan kebajikan para pelajar.


                    6.2.   Mesyuarat Sidang Kes
                           Mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila
                           Pengetua/ Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan.


             TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN SEKOLAH

             1.       Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling KPM
                       dan JPS

             2.   Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.


             3.   Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.

             4.   Membantu mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada
                  hukuman gantung sekolah atau buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bi. 9/1975.
                  Setiausaha Lembaga Disiplin Sekolah atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar
                  untuk membincangkan kes-kes disiplin yang berat.


             5.   Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua acara dan
                  majlis sekolah.


             6.   Mewujudkan sistem rekod disiplin pelajar dan sistem pemantauan yang berkesan.

             7.   Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukunegara.


             8.   Menerima laporan pengawas/ guru dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.






                                                                                                           58
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63