Page 3 - EBOOK PERKEMBANGAN PERSONALITI, EMOSI DAN SOSIAL KUMPULAN 2
P. 3
Prakata
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya kami dapat
menyiapkan tugasan E-Book ini mengikut perancangan yang telah
ditetapkan. E-Book ini dihasilkan untuk memenuhi tugasan PGA101
dan juga untuk memberi pendedahan serta pencerahan yang
lebih mendalam tentang tajuk Perkembangan Personaliti, Emosi
dan Sosial.
Tanpa sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak
terutamanya pensyarah tutorial iaitu Dr. Nooraida Yakob, E-Book
ini sememangnya tidak akan dapat disiapkan. Justeru, ribuan
terima kasih diucapkan kepada semua individu yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam merancang dan
melaksanakan tugasan E-Book ini.
Diharapkan agar dengan adanya penghasilan E-Book ini,
sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan rujukan pada masa
akan datang. Segala kekurangan yang terdapat dalam E-Book ini
harap dapat diterima dan kami sedia menerima segala
penambahbaikan.
Sekian, terima kasih.

