Page 106 - BUKU PENGURUSAN SEMESRA 2020
P. 106
JAWATANKUASA KOPERASI
Pengerusi Tuan Haji Wan Saiful Bin Wan Ayob
Timbalan Pengerusi Tuan Haji Kamal Baharin Bin Muhamad
Setiausaha En. Abu Talib Bin Kasim
Bendahari En. Abdul Razak Bin Mohd Idris
Pengurus kedai Pn. Roziana Binti Mohd Noor
Pengurus projek En. Ahmad Zaini Bin Ahmad
Aktiviti / Proses Kerja: Penyediaan buku / fail laporan kegiatan kokurikulum
Keterangan:
• Mengatur rancangan untuk kegiatan koperasi setahun serta menentukan pelaksanaannya.
• Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang ditetapkan oleh undang-undang kecil koperasi.
• Menyediakan giliran bertugas AJK untuk menjaga koperasi dan memastikan mereka menjalankan
tugas mereka dengan baik
• Menjadi penasihat dalam hal-hal pembelian barang dan penentuan harga barang
• Membuat laporan pada Pengetua sekiranya berlaku apa-apa penyelewengan dalam koperasi
sekolah.
• Memberi laporan ringkas dalam bentuk tulisan atau lisan kepada Pengetua mengenai perjalanan
koperasi sekolah dari semasa ke semasa.
• Menyediakan laporan bertulis untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
• Mengadakan Mesyuarat AJK pada masa yang difikirkan perlu mesyuarat agung setahun sekali dan
salinan minit/ laporan itu hendaklah diserahkan kepada Pengetua.
• Mewakili Pengetua dalam hal-hal yang bersangkutan koperasi.
• Menjalankan lain-lain tugas yang dikehendaki oleh AJK atau Yang Dipertua.
Bendahari Koperasi:
• Menjaga semua wang-wang yang diterima oleh koperasi dan membuat pembayaran mengikut
keputusan AJK.
• Menyimpan semua wang-wang yang diterima oleh koperasi ke dalam bank atas nama Koperasi
dalam masa 24 jam.
• Menyimpan wang tunai dalam tangan bila-bila masa untuk perbelanjaan tidak lebih dari RM
20,000.
• Menyediakan semua resit voucer dan lain-lain kenyataan yang dikehendaki menurut undang-
undang kecil atau dikehendaki oleh Ahli Jawatankuasa

