Page 105 - BUKUPENGURUSAN SESI 22 23 EDIT 12 APR
P. 105
B7 PERANTISAN INDUSTRI MENENGAH ATAS (PIMA)
JAWATAN PERSONALIA
Pengurus GKMP VOTEK
Penyelaras Cg. Zulkifli bin Salleh
Setiausaha Cg. Zainab binti Mohamad
Ahli Jawatankuasa Cg. Shahrul Syafiq bin Mat Sapinie
Guru Kelas PIMA Tingkatan 4 dan 5
Guru Mata Pelajaran Kelas PIMA
BIDANG TUGAS
1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12)
waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu atau 16 waktu seminggu bagi jadual 30
minit satu (1) waktu.
2. Menerima permohonan perantis daripada murid yang berminat.
3. Mengeluarkan surat tawaran Program PIMA kepada murid terpilih untuk melengkapkan
dokumen yang berikut:
a) borang profil perantis
b) surat aku janji perantis dengan pihak sekolah
c) surat aku janji perantis dengan industri
d) surat akuan kesihatan perantis
e) perakuan persetujuan ibu bapa/penjaga.
f) borang pemantauan
g) laporan perjalanan program
h) buku log
i) borang-borang lain yang berkaitan
4. Mengeluarkan surat penempatan perantis kepada murid yang terpilih dan memaklumkan
kepada industri.
5. Mengadakan sesi libat urus pihak sekolah bersama ibu bapa/penjaga, pihak industri dan PPD.
6. Mengadakan taklimat dan majlis penyerahan perantis kepada industri di sekolah.
7. Memastikan perantis melaporkan diri ke industri serta mendengar taklimat berkaitan bidang
kerja dan tugasan yang ditawarkan.
8. Memastikan perantis mengetahui dan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh
pihak industri.
9. Memantau kehadiran dan keberadaan perantis di sekolah dan industri.
10. Memastikan dan memantau tugasan perantis dari semasa ke semasa mengikut jadual yang
ditetapkan.
11. Menyemak rekod tugasan harian perantis dalam buku log secara berkala.
12. Berbincang dengan pihak industri dan ibu bapa/penjaga secara berterusan berkaitan
perkembangan perantis.
13. Menganalisis laporan sepanjang tempoh latihan/program.
14. Menyediakan dokumen pentaksiran berasaskan tugasan/kerja perantis.
15. Menyedia dan membentangkan laporan pencapaian perantis PIMA kepada JK Pengurusan
PIMA (JM13) sebelum dihantar ke PPD.
16. Menyediakan laporan prestasi kepada ibu bapa/penjaga secara berkala.
17. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
81

