Page 137 - BUKUPENGURUSAN SESI 22 23 EDIT 12 APR
P. 137
(B) GURU RUMAH SUKAN
1. Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap mengikut kelas.
2. Mengagihkan murid dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan permainan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid merangkumi olahraga dan permainan.
4. Mengadakan mesyuarat agung.
5. Menyusun program latihan untuk peserta setiap rumah sukan.
6. Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk menyediakan trek sebelum dan memastikan boleh diguna
pakai semasa sukan.
7. Mendapatkan alatan sukan dan permainan yang mencukupi dan berkeadaan baik untuk semua murid
yang mengambil bahagian.
8. Mendapatkan khemah (jika berkaitan) untuk murid yang mengambil bahagian berkumpul.
9. Mengaturkan murid untuk majlis penutup hari sukan dan permainan.
10. Mengurus makanan dan minuman untuk semua murid yang mengambil bahagian dalam sukan dan
permainan.
11. Mengemas padang selepas selesai majlis penutup hari sukan dan permainan.
12. Memulangkan semula alatan sukan dan permainan yang telah digunakan ke tempat yang ditetapkan
dalam stor sukan.
13. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan, GPK HEM dan GPK Kokurikulum sekiranya
menghadapi masalah.
14. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
15. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha sukan untuk dicalonkan
sebagai wakil sekolah
D6 JAWATANKUASA KOPERASI
JAWATAN PERSONALIA
Setiausaha Cg. Munirah binti Zahari
Ahli Jawatankuasa Cg. Yusnita binti Othman @ Yusof
Cg. Shamsul Hamri bin Sulaiman
Cg. Suryani binti Senik
Cg. Nur Hamiza binti Abdul Rahman
Cg. Shamsiah binti Harun
BIDANG TUGAS
1. Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan pelaksanaannya.
2. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
3. Melaksanakan Mesyuarat Agung Koperasi sekolah dan melantik ALK dan Juruaudit Dalaman dalam
kalangan guru, kakitangan dan murid mengikut ketetapan Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi
sekolah masing-masing.
4. Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil Koperasi
berdasarkan undang-undang Angkasa dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
5. Melaksanakan urusniaga sebagai latihan perniagaan untuk melahirkan murid berjiwa usahawan.
6. Memastikan urusan jual beli dilaksanakan dengan baiknya dan betulnya.
7. Digalakkan melaksanakan Hari Koperasi di peringkat sekolah.
8. Melaksanakan pemantapan aktiviti dari segi pengurusan koperasi dalam kalangan murid.
9. Memastikan buku stok sentiasa dikemaskini.
10. Mewujudkan jenis-jenis tabung mengikut keperluan murid setelah pengagihan dividen dibuat seperti
Tabung Pembangunan Sekolah, Tabung Pendidikan, Tabung Kebajikan dan Khairat, Tabung
Kebudayaan dan Perayaan, Tabung Keceriaan dan Alam Sekitar dan Tabung Kokurikulum Sekolah.
11. Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.
12. Memastikan laporan kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemaskini dan disediakan untuk
dihantar ke pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebelum mesyuarat agung.
13. Mewujudkan hubungan yang baik dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Kawasan.
111

