Page 5 - BUKUPENGURUSAN SESI 22 23 EDIT 12 APR
P. 5
PERUTUSAN PENGETUA
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua warga Ismailians semoga
sukses semuanya . Terima kasih semua atas khidmat yang cemerlang
sepanjang sesi 2021/2022 yang lalu. Selamat bertugas di tempat baru buat
sahabat yang dapat bertukar dan selamat datang dan selamat bertugas buat
warga baru Ismailians.
Memasuki sesi baru 2022/2023 bermakna cabaran yang kita hadapi pada sesi
yang lepas terpaksa kita hadapj kembali terutamanya cabaran menghadapi
pandemik Covid 19 yang nampaknya belum berakhir. Bagaimanapun sebagai
penjawat awam kita mesti meneruskan tugas kita dengan penuh
bertanggungjawab, berpengetahuan, cekap dan pantas dalam tindakan serta tidak berlengah (sense of
urgency) di samping mempunyai sifat sabar dan daya ketahanan yang tinggi (resilient). Tumpuan utama
kita adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua anak pelajar tanpa mengira
agama,bangsa atau status sosial mereka bagi mengadaptasi semangat "Keluarga Malaysia"yang inklusif.
Hasrat yang hendak dicapai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu diusahakan dan dihayati
sepenuhnya oleh kita warga guru .
Pendidikan berteraskan nilai hendaklah diberi penekanan yang utama dan serius dalam setiap gerakkerja
di sekolah. 14 Elemen Nilai Kehidupan yang dinyatakan dalam "SEKOLAHKU SEJAHTERA" hendaklah
diterapkan kepada warga sekolah dengan terancang, bersungguh-sungguh dan berterusan supaya
menjadi amalan dalam kehidupan harian.14 Elemen Nilai itu adalah;
S -- Selamat, Seronok, Sihat
E -- Etika, Empati
J -- Jati Diri
A -- Adab Sopan
H -- Harmoni
T -- Tekun, Teliti, Terampil
E -- Eksplorasi
R -- Rasional
A -- Artikulasi
Akhir kata saya mengucapkan selamat bertugas kepada semua warga Ismailians semoga kita sentiasa
diberi kesihatan yang baik dan ketabahan dalam menjalankan tugas. Allah SWT sentiasa bersama
hambaNya yang taat.
Sekian terima kasih.
Mendepani Pendidikan Global,
Kemaman Unggul,
Sepakat itu Sukses,
Saya yang menjalankan amanah.
MD.NAZERI BIN HASSAN
Pengetua.
07 Mac 2022
iii
ii

