Page 58 - BUKUPENGURUSAN SESI 22 23 EDIT 12 APR
P. 58

PM 02 / Guru Bertugas Harian

           1.  Guru bertugas harian disarankan hadir awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu
               persekolahan bermula mengikut keperluan dan ketetapan pihak pentadbir sekolah.
           2.  Mengingatkan warga sekolah bagi memastikan semua lampu, kipas, pili air dan suis eletrik  ditutup
               sebelum meninggalkan kelas.
            3.  Mengingatkan guru dan murid supaya menjaga kebersihan, memastikan bilik-bilik darjah  disapu,
                sampah – sarap dibuang serta lampu dan kipas/tingkap ditutup sebelum tamat sesi  persekolahan.

            4.  Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum  loceng
                pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera  dan
                munasabah (jika perlu).
            5.  Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan  sekolah.
            6.  Memastikan murid mengikut peraturan semasa membeli makanan di kantin.
            7.  Mengurus murid yang sakit dengan memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan  rawatan
                bagi murid tersebut.

            8.  Memastikan surat pengesahan murid dan nama murid direkodkan sebelum ke hospital.
            9.  Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang dari sekolah serta waktu rehat.
            10.  Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah.
            11.  Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu
                persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
                    11.1      Rumusan guru tidak hadir
                    11.2      Rumusan murid sakit dan murid pulang awal
                    11.3      Laporan perhimpunan rasmi dan pengumuman dalam perhimpunan harian
                    11.4      Laporan pemerhatian guru bertugas

                    11.5      Hal-hal lain
        12  Memastikan perhimpunan rasmi berjalan lancar mengikut tatacara perhimpunan yang telah  ditetapkan
            oleh pihak sekolah.
        13  Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.




























                                                            37
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63