Page 177 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 177

169






                            HM75 | Pegawai Dietetik (Sekolah Sukan Malaysia)


                     PEGAWAI DIETETIK GRED 41


               (A)   ASPEK DIETETIK KLINIKAL
                     1.    Melaksanakan  langkah-langkah  dalam  nutrition  care  process  seperti  nutritional
                           assessment,  nutritional  diagnosis,  nutrition  intervention,  nutrition  monitoring  and
                           evaluation bagi setiap atlet murid yang dilihat.
                     2.    Melaksanakan analisis komposisi tubuh (Indeks Jisim Tubuh, peratusan serta jisim
                           otot  dan  lemak)  menggunakan  peralatan  yang  sesuai.  (contohnya:  Inbody  170,
                           Tanita, Skinfold Caliper dll)
                     3.    Memberi  konsultasi  diet  kepada  atlet  murid  secara  individu  (spesifik)  atau

                           berkumpulan merangkumi pelbagai topik pemakanan prestasi sukan.
                     4.    Memberi ceramah pemakanan kepada atlet murid sebagai persediaan menghadapi
                           pertandingan dan pemulihan kecederaan.
                     5.    Memberi panduan dan menjadi rujukan kepada atlet murid dalam menentukan saiz
                           porsi makanan secara hands on dan berterusan semasa waktu sarapan pagi dan
                           makan tengahari atlet murid di dewan makan asrama.
                     6.    Memberi konsultasi diet kepada atlet kelainan upaya (paralimpik) spesifik kepada

                           atlet kategori OKU dan kepada kakitangan sekolah.
                     7.    Menjadi  pakar  rujuk  berkaitan  makanan  tambahan  untuk  atlet  murid  (terutama
                           berkaitan bahan terlarang di dalam makanan tambahan)
                     8.    Melaksanakan ujian hidrasi mengikut keperluan sukan.

               (B)  ASPEK DIETETIK KOMUNITI.
                     1.    Menyumbang  kepada  program/aktiviti  dalam  perkhidmatan  promosi  kesihatan,
                           pencegahan penyakit dan pemakanan sukan kepada agensi, organisasi dan media
                           massa.


               (C)   ASPEK PERKHIDMATAN MAKANAN.
                     1.    Memberi  khidmat  pakar  rujuk  pemakanan  dan  dietetik  dalam  pengurusan
                           perkhidmatan dewan makan asrama berkaitan aspek menu, kualiti dan keselamatan
                           makanan.
                     2.    Melaporkan  ketidakpatuhan  kontraktor  terhadap  kontrak  semasa  berkaitan
                           spesifikasi  kontrak,  syarat,  piawaian,  garis  panduan  dan  akta  kepada  pihak

                           pentadbiran ke arah pencapaian kualiti yang ditetapkan.
                     3.    Perancangan menu Sekolah Sukan Malaysia.
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182