Page 191 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 191

183






                           c.   Salinan ketiga   - diserahkan kepada KPPK/KPP SPP JPN Jabatan Pendidikan
                                Negeri.
                     9.    Menerima  bahan  peperiksaan  daripada  PK,  mengambil  tindakan  berpandukan
                           arahan LP dan menyerahkan bahan peperiksaan berkenaan kepada KPP.

                     10.  Memastikan tiada gangguan yang boleh menjejaskan penumpuan calon.
                     11.  Memastikan  kedudukan  tandas/bilik  air  bagi  lelaki  dan  perempuan  berhampiran
                           dengan  dewan/bilik  peperiksaan  serta  menampal  label  KHAS  UNTUK  CALON
                           PEPERIKSAAN di bahagian luar tandas.
                     12.  Memastikan  pejabat  sekolah  mula  beroperasi  sekurang  kurangnya  setengah  jam
                           sebelum peperiksaan dimulakan sepanjang peperiksaan berlangsung.
                     13.  Memastikan  mesin  fotostat  dan  telefon  pejabat  sekolah    berfungsi  dan  boleh
                           digunakan oleh petugas peperiksaan.
                     14.  Memastikan kantin sekolah beroperasi pada setiap hari peperiksaan.

                     15.  Menyediakan  bilik  khas,  kemudahan  dan/atau  peralatan  bagi  Calon  berkeperluan
                           Khas (CBK) berdasarkan permohonan calon yang telah diluluskan.
                     16.  Memastikan almari berkunci dan berpalang berada di dewan/bilik peperiksaan utama
                           sepanjang masa peperiksaan.
                     17.  Memastikan  pengawal  keselamatan  sekolah  membuat  rondaan  kawalan
                           keselamatan  di  luar  kawasan  larangan  dewan/bilik  peperiksaan  dan  mengawal
                           pergerakan  keluar  masuk  pelawat  ke  kawasan  sekolah  sepanjang  tempoh

                           peperiksaan.
                     18.  Memastikan pengawal keselamatan membuat rondaan kawalan keselamatan di luar
                           kawasan bilik kebal sekiranya bilik kebal berada di dalam kawasan sekolah.
                     19.  Memaklumkan segera kepada Penyelia Kawasan atau KPPK/KPP SPP JPN jika ada
                           calon yang dimasukkan ke hospital/pusat tahanan/pusat pemulihan/penjara.
                     20.  Memastikan tidak ada apa-apa maklumat berkaitan perjalanan peperiksaan diberikan
                           kepada pihak awam dan media.
                     21.  Memastikan  keperluan  tempat  tinggal,  makan  dan  minum  calon-calon  yang  tidak
                           dapat pulang kerana dikuarantin/perintah berkurung/bencana alam diuruskan oleh

                           guru bertugas.
                     22.  Melantik guru bertugas sepanjang peperiksaan berlangsung dan memastikan guru
                           tersebut melaksanakan tanggungjawab berikut:
                           a.   mengawal disiplin calon sewaktu di luar dewan/bilik peperiksaan;
                           b.   menjadi  saksi  semasa  karung  keselamatan  mengandungi  sampul  kertas
                                peperiksaan dibuka di dewan/bilik peperiksaan utama.
                           c.   menjadi  saksi  dengan  menurunkan  tandatangan  dan  menulis  nombor  Kad

                                Pengenalan bagi mengesahkan sampul pembungkus kertas peperiksaan yang
                                dibuka di dewan/bilik peperiksaan utama tidak diceroboh.
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196