Page 224 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 224

216






               (C)  PENGURUSAN STAF BERMASALAH DAN TATATERTIB
                     RUJUKAN
                        i.     Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993]
                       ii.     Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan pendidikan 1994 P.U.(A) 458/1994.
                       iii.     Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 1998  :  Garis Panduan Mengurus Pegawai Berprestasi
                            Rendah dan Pegawai Bermasalah.
                       iv.     Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17/2001 : Penguatkuasaan Surat Aku Janji Untuk Pegawai Awam
                       v.     Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2011 : Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Dalam
                            Perkhidmatan Awam.
                       vi.     Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan perkhidmatan)
                            2012 P.U.(A) 1/2012.
                      vii.     Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7/2015 : Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai
                            Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam.
                      viii.     Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)500-1/1/11 JLD 3 (2) bertarikh 20 Januari 2017
                            : Garis Panduan Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia : Prosedur Operasi
                            Standard (SOP) Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah
                            Dalam Perkhidmatan Awam Berdasarkan Kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015.


                     1.    Memastikan semua pegawai menandatangani Surat Aku Janji untuk penjawat awam
                           dan memperbaharui ikrar aku janji untuk penjawat awam setiap tahun.
                     2.    Memberi taklimat peraturan-peraturan am penjawat awam dan perbuatan-perbuatan
                           yang boleh disabitkan sebagai salahlaku tatatertib dan jenis-jenis hukuman-hukuman
                           tatatertib kepada pegawai seliaan.
                     3.    Memastikan pematuhan prosedur tatatertib selaras dengan peraturan sedia ada.
                     4.    Memastikan pengurusan fail tatatertib dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.
                     5.    Mempertingkatkan  pengetahuan  dan  pengalaman  tentang  pengurusan  tatatertib
                           perkhidmatan awam yang terkini.

                     6.    Membuat penilaian dan saringan kepada guru dan staf yang bermasalah dan merujuk
                           kepada Kaunselor Pendidikan Daerah (KPD) bagi mendapatkan perkhidmatan sesi
                           kaunseling/bimbingan.
                     7.    Melaporkan    salah    laku   pegawai    ke   Lembaga      Tatatertib   (LTT)   di
                           Jabatan/Kementerian.
                     8.    Melaksanakan;
                           a.  Tindakan pengesanan/mengenal pasti masalah terhadap pegawai

                           b.  Tindakan dalam bentuk pembetulan dan pembaikan
                           c.  Tindakan lain secara pentadbiran
                           d.  Tindakan dalam bentuk hukuman
                           e.  Tanggungjawab selepas pegawai dikenakan hukuman tatatertib
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229