Page 231 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 231

223






               (B)  PENGURUSAN PERAKAUNAN
                     1.    Rujuk tatacara kewangan dalam talian eSPKWS.
                     2.    Memastikan penyata perbelanjaan bulanan/tahunan disahkan.
                     3.    Memastikan semua teguran/naziran sistem kewangan/perakaunan diambil tindakan

                           dan kesalahan yang sama tidak berulang.
                     4.    Memastikan    akaun    Panjar   Wang     Runcit   diuruskan   mengikut    Arahan
                           Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang dtetapkan seperti berikut:
                          a.    Menyediakan Penyata Pengesahan Baki Akaun Panjar disediakan.
                          b.    Menyediakan  Penyata  Penyesuaian  bagi  baki  mengikut  rekod  pemegang
                                panjar (kecuali Panjar Wang Runcit) dan baki mengikut penyata JAN/ Bank
                                disediakan tiap-tiap bulan.
                          c.    Mengemukakan Sijil Perakuan Panjar dan dokumen sokongan dikemukakan
                                untuk diaudit.

                          d.    Melaksanakan  pemeriksaan  mengejut  sekurang-kurangnya  enam  (6)  bulan
                                sekali.
                     5.    Memastikan  kumpulan  wang  amanah/akaun  amanah/akaun  deposit  diuruskan
                           mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti berikut:
                          a.    Menyediakan  penyata  kewangan  bagi  Kumpulan  Wang  Amanah,  Penyata
                                Terimaan dan bayaran bagi Akaun Amanah dan dikemukakan untuk diaudit.
                          b.    Menyediakan  Sijil  Pengesanan  Baki  bagi  Kumpulan  Wang  Amanah,  Akaun

                                Amanah  berdasarkan  rekod  Pegawai  Pengawal  dengan  baki  JANM  setiap
                                bulan.
                          c.    Mengemaskinikan senarai baki individu bagi Akaun Deposit.
                          d.    Mengambil tindakan yang sesuai terhadap akaun-akaun yang tidak aktif.
                     6.    Memastikan  Pendahuluan  Diri  dan  Pendahuluan  Pelbagai  diuruskan  mengikut
                           Arahan  Perbendaharaan,  pekeliling  dan  peraturan-peraturan  yang  berkuat  kuasa
                           termasuk:
                          a.    Mengemaskinikan Daftar Pendahuluan Diri dan Daftar Pendahuluan Pelbagai
                          b.    Menyenaraikan  nama  pegawai  yang  masih  belum  membayar  balik

                                pendahuluan
                          c.    Melaksanakan tindakan mengutip balik atau potongan gaji

               (C)  PENGURUSAN PEROLEHAN
                     1.    Meneliti  perancangan  tahunan  dan  perancangan  awal  perolehan  sekolah  serta
                           menyemak prestasi perolehan yang telah dilaksanakan berdasarkan perancangan
                           tersebut.
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236