Page 36 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 36

35





               1.3   PELAKSANA PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KPM


                        Pewujudan  jawatan  penjawat  awam  di  sekolah  yang  terdiri  daripada  Pegawai
                        Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bertujuan
                        untuk  melaksanakan  empat  (4)  komponen  pengurusan  di  sekolah  (Pengurusan  dan
                        Pentadbiran,  Kurikulum,  Hal  Ehwal  Murid  dan  Kokurikulum).  Setiap  jawatan  yang
                        diwujudkan  mempunyai  deskripsi  tugas  masing-masing  dalam  myPortfolio.  Namun

                        begitu, bagi pengurusan di sekolah terdapat tugas-tugas sampingan dan sokongan yang
                        tidak  disenaraikan  dalam  Akauntabiliti  Deskripsi  Tugas  myPortfolio  tetapi  perlu
                        dilaksanakan  oleh  penjawat  awam  di  sekolah  sama  ada  tugas  tersebut  perlu
                        dilaksanakan oleh PPP sahaja atau AKP sahaja atau kedua-duanya secara kolaboratif.

                        Sebagai contoh akauntabiliti guru akademik KSSM dalam myPortfolio lebih menjurus
                        kepada tugas utama guru akademik secara umum iaitu melaksanakan pengajaran dan

                        pembelajaran,  melaksanakan  penilaian  dan  pentaksiran,  melaksanakan  pengurusan
                        kokurikulum,  membantu  pengurusan  hal  ehwal  murid  dan  membangunkan
                        profesionalisme untuk peningkatan kendiri.

                        Selain  itu,  guru  akademik  juga  terlibat  dengan  tugas-tugas  sampingan  yang  lain
                        untuk  menyokong  tugas  utama  seperti  pengurusan  kelas,  pengurusan  panitia,
                        pengurusan  peperiksaan,  pengurusan    kebajikan  murid,  pengurusan  sukan  dan
                        sebagainya sehingga diwujudkan Portfolio Tanpa Jawatan (P) dan Jawatankuasa (J)
                        seperti Guru Kelas, Ketua Panitia, Setiausaha Peperiksaan Dalaman, JK Pentaksiran,

                        JK Sukan Sekolah dan JK Pengurusan Sekolah.

                        Sehubungan  dengan  itu,  Pelaksana  Pengurusan  Sekolah  Menengah  yang  terdiri
                        daripada PPP dan AKP adalah seperti berikut:
                              (a)  Portfolio Berjawatan (H)
                              (b)  Portfolio Tanpa Jawatan (P)
                              (c)   Jawatankuasa (J)
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41