Page 3 - BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH 2019
P. 3
SEKAPUR SIRIH
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih kerana telah berjaya melakar
kejayaan dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Checkpoint, PT3, IGCSE dan SPM
bagi tahun 2018. Sesungguhnya kejayaan ini merupakan titik permulaan bagi para pelajar menentukan
hala tuju serta perjuangan seterusnya dalam pendidikan juga bidang kemahiran pilihan mereka pada
masa akan datang dan mencapai kejayaan berterusan.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan juga kepada semua warga pendidik yang
telah banyak berkorban, mendidik dan memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu kepada para pelajar. Tidak
lupa juga pengorbanan dan sokongan dari ibu bapa yang tidak henti dalam mengukir kejayaan yang
cemerlang ini. Maka dengan itu, pihak maktab berbesar hati untuk memberi penghargaan dengan
meraikan segala usaha dan komitmen mereka ini dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
2018.
Akhir kata, ingatlah bahawa ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai
ke penghabisan umur. Oleh itu, berusahalah dengan gigih dalam merebut peluang bagi meraih kejayaan
dalam apa jua yang dilakukan. Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada generasi akan
datang agar terus melakar kejayaan di MRSM Tun Abdul Razak.
Sekian, terima kasih.
NIK JASMI BIN NIK YAACOB
PENGETUA
MRSM TUN ABDUL RAZAK PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
3

