Page 128 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 128

LOGO - HALAMAN HAK CIPTA DAN PENGHARGAAN
              A  Teliti maklumat, kemudian jawab soalan di bawah.
















                          Memberikan bantuan dan sokongan kepada warga emas dan OKU
                          menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih selesa, dihormati
                                       dan tidak berasa diri mereka disisihkan;
                   Memberikan bantuan dan sokongan kepada keluarga yang menjaga warga emas
                 dan OKU supaya terus mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi anggota
                               keluarga yang tergolong sebagai warga emas dan OKU;
                      Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas
       8                 dan OKU atau keluarga yang menjaga warga emas dan OKU selaras
                                      dengan konsep masyarakat penyayang;
                                                       dan
                    Menggalakkan warga emas dan OKU terus tinggal di kediaman masing-masing
                              dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.

                                                                   (Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat)


              1.  Bersetujukah anda bahawa penglibatan diri dalam program komuniti sangat penting
                  untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh negara kita? Bincangkan.
              2.   Ramalkan implikasi jika kurangnya penglibatan masyarakat dalam program seperti yang
                  di atas.
              3.   Berikan contoh program komuniti yang boleh dilaksanakan bersama-sama dengan badan
                  kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.



              B  Kesibukan dan tuntutan kerja pada masa ini menyebabkan individu tidak
                  dapat melibatkan diri dalam program komuniti. Bagaimanakah anda dapat
                  menggalakkan individu menggunakan e-komuniti sebagai platform untuk terlibat
                  dalam program komuniti?






            118
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133